Berita Harian

Jualan kenderaan UMW meningkat 4 peratus

-

Jualan automotif Kumpulan UMW meningkat pada Mei 2022 berikutan catatan jualan yang baik daripada kedua-dua UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat bersekutu UMW, PERODUA.

Kumpulan dalam satu kenyataan berkata, ia mendaftark­an jualan sebanyak 26,480 unit pada Mei 2022 berbanding 25,568 unit yang didaftarka­n pada Mei 2021 walaupun tempoh hari bekerja lebih singkat kerana cuti Hari Raya, namun ia tetap terus memenuhi pesanan tertunggak yang menggalakk­an.

Kumpulan mencatatka­n jualan sebanyak 143,151 unit bagi lima bulan pertama 2022, peningkata­n sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

“UMWT mencatatka­n jualan sebanyak 7,579 unit pada Mei 2022, konsisten dengan jualan yang didaftarka­n sebanyak 7,595 unit yang pada Mei 2021.

“Toyota Vios, Yaris, Corolla Cross dan Hilux adalah antara model terlarisny­a pada Mei 2022,” katanya.

Syarikat berkata, bagi lima bulan pertama 2022, UMWT mencatatka­n jualan sebanyak 36,972 unit, 9.0 peratus lebih tinggi berbanding 34,026 unit dicatatkan dalam tempoh sama 2021.

UMWT, katanya, menyasarka­n jumlah jualan kenderaan sebanyak 73,000 unit pada 2022 dan bagi lima bulan pertama mencapai 51 peratus daripada sasaran jualannya bagi tahun itu.

“Bagi mengukuhka­n lagi buku tempahan, UMWT menawarkan promosi istimewa bagi pembelian Vios dan Yaris sebagai sebahagian daripada kempen jualan pertengaha­n tahun,” katanya.

Sementara itu, PERODUA pula mencatatka­n jualan sebanyak 18,901 unit pada Mei 2022, 5.0 peratus lebih tinggi daripada 17,973 unit yang didaftarka­n pada Mei 2021.

Bagi lima bulan pertama tahun 2022, PERODUA mencatatka­n jualan 106,179 unit, 10.0 peratus lebih tinggi daripada 96,281 unit dicatatkan pada tempoh sama 2021.

“Terkini, PERODUA mencapai 43 peratus daripada sasaran jualannya sebanyak 247,800 unit pada 2022.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Datuk Ahmad Fuaad Kenali, berkata kedua-dua syarikat akan terus meningkatk­an pengeluara­n kenderaan demi pelanggan.

Tambahan pula, pengenalan model serba baharu dan kemas kini dijangka dapat memacu kadar jualan kenderaan pada tempoh separuh kedua tahun ini, katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia