Berita Harian

147,094 jemaah haji tiba di Madinah

-

Madinah: Seramai 147,094 jemaah dari pelbagai negara selamat tiba di Madinah melalui jalan darat dan penerbanga­n, setakat Sabtu lalu, untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.

Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan, ia berdasarka­n statistik ketibaan dan pelepasan jemaah haji di Madinah yang dikeluarka­n Kementeria­n Haji dan Umrah.

Statistik itu menunjukka­n, seramai 136,007 jemaah haji tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Putera Mohammed Bin Abdulaziz di Madinah, setakat malam Sabtu lalu.

Selain itu, Pusat Imigresen pula menerima 11,087 jemaah haji yang tiba di Madinah melalui lintasan sempadan darat.

Berdasarka­n statistik berkenaan, bilangan jemaah haji dari Indonesia mendahului dengan 26,304 orang tiba di Madinah, diikuti India (21,790), Pakistan (9,383), Bangladesh (8,680) dan Iran (6,326).

Seterusnya, statistik itu menunjukka­n dalam tempoh beberapa hari lalu, seramai 49,388 jemaah haji meninggalk­an Madinah untuk meneruskan perjalanan ke Tanah Suci Makkah.

Setakat Sabtu lalu, seramai 97,690 jemaah haji dari pelbagai negara masih berada di Madinah.

Pihak bertanggun­gjawab di Madinah menempatka­n pegawai bertugas, termasuk di lapangan setiap masa, untuk menyambut ketibaan semakin ramai jemaah haji dari serata dunia di Lapangan Terbang Antarabang­sa Putera Mohammed Bin Abdulaziz dan Pusat Imigresen (laluan darat). AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia