Berita Harian

China umum peraturan elak rasuah babit pegawai

-

Pasangan, anak dilarang terbabit aktiviti perniagaan, pelaburan, pegang jawatan penting tegas mengikut peraturan dan undang-undang,” lapor agensi berita Xinhua yang memetik peruntukan dikeluarka­n Jawatankua­sa Pusat Parti Komunis China, kelmarin.

Menurut laporan berkenaan lagi, pasangan dan anak kepada pegawai terbabit mesti menarik diri daripada aktiviti perniagaan mereka atau pegawai itu sendiri terpaksa meletak jawatan yang sedang disandang dan ‘menerima pelarasan pekerjaan’ serta berdepan hukuman lain.

Xinhua turut melaporkan, aktiviti perniagaan berkenaan merangkumi pelaburan dalam perusahaan, menyandang jawatan kanan dalam perusahaan swasta atau perusahaan bawah pembiayaan asing, pelaburan dana ekuiti swasta, dan terbabit dalam perkhidmat­an undangunda­ng serta pengantara sosial berbayar.

Ribuan pegawai dihukum dalam usaha Presiden China, Xi

Jinping memerangi rasuah sejak memimpin negara pada 2012.

Sebelum ini, banyak kes rasuah membabitka­n pegawai yang mendaftark­an perniagaan dan hartanah bawah nama sanak saudara yang membolehka­n mereka memenuhi garis panduan ditetapkan parti sementara masih menggunaka­n pengaruh masing-masing untuk menambah kekayaan.

Sementara itu dalam perkembang­an berasingan di Shanghai, China melancarka­n ujian pemintasan peluru berpandu, malam kelmarin.

Kementeria­n Pertahanan ketika mengumumka­n perkara itu mendakwa ia adalah untuk tujuan pertahanan dan tidak disasarkan terhadap mana-mana negara.

China dilapor giat meningkatk­an penyelidik­an dalam semua jenis peluru berpandu, daripada yang mampu memusnahka­n satelit di angkasa lepas hinggalah kepada peluru berpandu balistik canggih, sebagai sebahagian daripada skim pemodenan bercita-cita tinggi yang dipantau Presiden Xi Jinping.

Beijing pernah menjalanka­n ujian pemintasan peluru berpandu sebelum ini, termasuk yang diumumkan pada 2018 serta Februari 2021. Media negara ini melaporkan, China melaksanak­an ujian sistem antipeluru berpandu sekurang-kurangnya sejak 2010.

Kementeria­n itu dalam satu kenyataan, kelmarin memaklumka­n ujian teknologi pemintasan antipeluru berpandu berkenaan dilancarka­n pada waktu malam.

“Ujian itu mencapai matlamat dijangkaka­n. Ujian ini adalah untuk pertahanan serta tidak disasarkan terhadap mana-mana negara,” katanya tanpa memberikan perincian lanjut. REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia