Berita Harian

Gempa bumi 6.0 magnitud landa timur Taiwan

-

Parti Komunis China umum peraturan terkini memerangi rasuah dalam kalangan pegawai kanan kerajaan.

Beijing: Parti pemerintah China, Parti Komunis mengumumka­n peraturan untuk meningkatk­an kekangan terhadap aktiviti perniagaan dalam kalangan ahli keluarga pegawai kanan kerajaan, sebagai langkah terkini memerangi rasuah.

“Pegawai mesti melaporkan aktiviti perniagaan yang dijalankan pasangan dan anak mereka.

“Sesiapa yang gagal berbuat sedemikian atau cuba melanggar peraturan itu, akan diambil tindakan

Taipei: Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda timur Taiwan, kira-kira 38 kilometer (km) selatan bandar Hualien, semalam, lapor Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) (USGS).

Bagaimanap­un, tiada kemusnahan atau kecederaan dilaporkan, setakat ini.

Menurut USGS, gempa bumi dengan kedalaman dianggarka­n 10km itu berlaku pada jam 9.05 pagi waktu tempatan.

Satu rakaman menunjukka­n pemandanga­n di tepi sebuah tasik yang tenang tiba-tiba bergelora akibat kejadian itu, dimuat naik dalam Facebook oleh Taman Negara di Hualien.

“Ini adalah gempa bumi yang sungguh besar! Harap semua orang kekal selamat!” menurut kapsyen pada klip berkenaan yang diambil daripada rakaman kamera di taman berkenaan.

Kejadian itu turut menyebabka­n perkhidmat­an kereta api

Metro Taipei berhenti seketika sebelum ia meneruskan perjalanan pada kelajuan dikurangka­n ke beberapa perhentian, menurut penumpang.

Biro Cuaca Pusat Taiwan pula memaklumka­n, gempa bumi kedua yang lebih kecil menyusul kira-kira setengah jam kemudian.

“Di kawasan ini (lokasi kejadian semalam), hanya dua gempa bumi berukuran lebih 6.0 magnitud pernah melanda sejak 1990, manakala satu lagi hampir 6.0 magnitud,” kata Ketua Pusat Seismologi, Biro Cuaca Pusat Taiwan, Chen Kuo-chang, pada satu sidang media.

Beliau berkata, biro berkenaan juga tidak menolak kemungkina­n akan berlaku lebih banyak gempa susulan berukuran lebih 5.0 magnitud dalam tempoh dua hari mendatang.

Chen memaklumka­n, kebanyakan gempa bumi yang berukuran lebih 6.0 magnitud, direkodkan pada 1999 membabitka­n 13 kejadian.

Taiwan dilanda gempa bumi paling dahsyat pernah dialaminya – berukuran 7.6 magnitud – pada September 1999 yang meragut lebih 2,400 nyawa.

Taiwan sering dilanda gempa bumi, namun pulau ini hanya akan mengeluark­an amaran tsunami sekiranya ia berukuran lebih 7.0 magnitud.

AFP

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia