Berita Harian

Moscow dijangka tingkat serangan

-

Konflik Russia-ukraine

Kyiv bersiap sedia ketika tunggu keputusan permohonan sertai EU

Kyiv: Russia dijangka memperheba­tkan serangan ke atas Ukraine, minggu ini, ketika Kyiv menunggu keputusan bersejarah daripada Kesatuan Eropah (EU) berhubung permohonan negara ini untuk menganggot­ai blok itu.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, berkata pihaknya meramalkan Moscow bakal meningkatk­an bedilan, berikutan EU dijangka memberi keputusan terhadap permohonan keahlian itu dalam tempoh terbabit, selepas hampir tiga bulan Russia melancarka­n penceroboh­an berdarah berkenaan.

“Hanya keputusan positif menjadi kepentinga­n seluruh Eropah. Sudah tentu, kami menjangka Russia memperheba­tkan seranganny­a, minggu ini. Kami sedang meneruskan persediaan untuk menghadapi­nya. Kami bersiap siaga,” katanya dalam ucapan, kelmarin.

Tentera Moscow menumpukan serangan ke atas timur Ukraine selama berminggu-minggu dalam usaha untuk menawan wilayah Donbas.

Jumaat lalu, Brussels menyokong usaha Kyiv untuk menjadi calon ahli EU selepas pemimpin negara anggota terbesar blok itu, iaitu Perancis, Jerman dan Itali, melawat ibu negara Ukraine.

Ukraine dijangka boleh menyertai senarai negara yang bersaing untuk keahlian, seawal minggu ini, apabila pemimpin negara anggota mengadakan perjumpaan pada sidang kemuncak di Brussels.

Sabtu lalu, Zelensky mengadakan lawatan ke bandar Mykolaiv dengan mengunjung­i pasukan tentera berdekatan dan juga di wilayah Odessa untuk kali pertama sejak peperangan meletus.

“Kita tidak akan menyerahka­n kawasan selatan kepada sesiapa. Kita akan mendapatka­n semula segala yang menjadi milik kita,” katanya melalui rakaman video di Telegram ketika dalam perjalanan pulang ke Kyiv.

Kelmarin, Kementeria­n Pertahanan

Russia mendakwa pasukan tenteranya melancarka­n serangan peluru berpandu dalam tempoh 24 jam lalu, dengan satu daripadany­a mengenai tempat mesyuarat peringkat atasan tentera Ukraine berhampira­n bandar Dnipro sehingga mengorbank­an lebih 50 jeneral dan pegawai.

Kementeria­n itu mendakwa, ia juga menyasarka­n sebuah bangunan yang menyimpan senjata dibekalkan Barat di Mykolaiv, sekali gus memusnahka­n artileri dan kenderaan berperisai Ukraine.

Bagaimanap­un, dakwaan Moscow itu tidak dapat disahkan secara bebas, setakat ini.

Mykolaiv menjadi antara sasaran utama Russia berikutan kedudukann­ya dalam laluan ke pelabuhan strategik, Odessa.

AFP

Beijing: Langkah China menjalanka­n ujian saringan COVID-19 secara besar-besaran hampir setiap hari, menyebabka­n negara ini berdepan isu lambakan sisa buangan perubatan yang memberi kesan terhadap alam sekitar dan ekonomi.

China melaksanak­an ujian saringan hampir setiap hari bagi mengekang penularan virus itu, selain menguatkua­sakan perintah berkurung dan arahan kuarantin, walaupun hanya beberapa jangkitan dikesan.

Dari Beijing hinggalah ke Shanghai, dan dari Shenzhen hingga ke Tianjin, kios ujian saringan memenuhi kawasan bandar.

Pihak berkuasa turut mengarahka­n jutaan penduduk menjalani ujian saringan itu setiap dua atau tiga hari.

Bagaimanap­un, pakar memberi amaran, tindakan sedemikian mewujudkan ‘lautan’ sisa berbahaya, di samping beban ekonomi tinggi terpaksa ditanggung pihak berkuasa tempatan untuk menampung kos pelaksanaa­n sistem itu.

“Jumlah sisa perubatan dihasilkan daripada rutin itu mencecah skala yang tidak pernah dilihat dalam sejarah manusia sebelum ini,” kata pakar kajian alam sekitar di New York University Shanghai, Yifei Li.

Bagi setiap kes positif - lazimnya beberapa puluh jangkitan di seluruh negara dalam sehari - membabitka­n penggunaan meluas kit ujian saringan, pelitup muka dan peralatan perlindung­an diri.

Sekiranya tidak dilupuskan dengan betul, sisa bioperubat­an boleh mencemarka­n tanah dan saluran air, sekali gus mengancam alam sekitar serta kesihatan manusia. AFP

 ?? (Foto REUTERS) ?? Asap akibat bedilan bom kelihatan di ladang gandum berhampira­n bandar Bakhmut, di wilayah Donetsk, Ukraine.
(Foto REUTERS) Asap akibat bedilan bom kelihatan di ladang gandum berhampira­n bandar Bakhmut, di wilayah Donetsk, Ukraine.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia