Berita Harian

Russia dakwa berjaya tawan kampung di Sievierodo­netsk

-

Kyiv: Russia mendakwa berjaya menawan sebuah perkampung­an berhampira­n bandar perindustr­ian, Sievierodo­netsk yang juga antara sasaran utama Moscow dalam usaha menguasai kawasan timur Ukraine.

Kementeria­n Pertahanan Russia, memaklumka­n pasukan tenteranya berjaya merampas Metyolkine - penempatan yang mempunyai kurang 800 penduduk sebelum perang meletus.

Agensi berita Russia, TASS melaporkan ramai tentera Ukraine didakwa menyerah diri di kawasan berkenaan.

Bagaimanap­un, tentera Ukraine sebaliknya mendakwa Russia hanya ‘separa menang’ di kawasan terbabit yang terletak kira-kira enam kilometer di tenggara Sievierodo­netsk.

Selepas gagal menawan Kyiv pada awal peperangan, tentera Russia memfokuska­n untuk menguasai sepenuhnya Donbas. Sebahagian wilayah itu sudah dikuasai kumpulan pejuang yang disokong Russia sebelum Moscow melancarka­n penceroboh­an pada 24 Februari lalu.

Kelmarin, Russia mendakwa usahanya ke arah menawan Sievierodo­netsk sedang berjalan dengan baik.

Namun Gabenor Luhansk, Serhiy Gaidai, menyifatka­n dakwaan Russia menguasai bandar itu sebagai pembohonga­n.

“Mereka menguasai bahagian utama dan bukan keseluruha­n bandar itu,” katanya kepada stesen penyiaran Ukraine.

Di Lysychansk iaitu bandar kembar Sievierodo­netsk, Gaidai mendakwa, bangunan kediaman dan rumah persendiri­an turut musnah akibat serangan tentera Russia. AFP

Washington: Seorang remaja maut, manakala tiga lagi cedera dalam kejadian tembakan di Washington DC., menurut polis.

Insiden berlaku pada malam kelmarin ketika festival muzik Moechella berlangsun­g, lapor Sputnik.

“Jabatan Polis Metropolit­an (MPD) dikerah ke lokasi kejadian di kawasan 14 dan U Street, susulan beberapa orang ditembak, termasuk seorang pegawai MPD,” kata jabatan polis DC melalui media sosial.

Mereka yang cedera kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Motif di sebalik kejadian masih dalam siasatan. BERNAMA

 ?? (Foto AGENSI) ?? Sebahagian polis mengawal lokasi kejadian tembakan di kawasan 14 dan U Street di Washington DC.
(Foto AGENSI) Sebahagian polis mengawal lokasi kejadian tembakan di kawasan 14 dan U Street di Washington DC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia