Berita Harian

Adibah bergolok-bergadai pelihara lebih 40 kucing

- Oleh Serimah Mohd Sallehuddi­n

AMANAH sedia ambil 41 ‘anak bulus’ kesayangan tanpa syarat bhnews@bh.com.my

Kucing, haiwan peliharaan ‘terlalu istimewa’ di hati artis serba boleh, Allahyarha­m Adibah Noor.

Masakan tidak, penyanyi, pelakon, pengacara, pengisi suara dan bakat iklan yang terkenal di Malaysia itu sanggup menggadai barang kemas demi membiayai makanan dan keperluan 41 kucing kesayangan­nya ketika era pandemik COVID-19 disebabkan tiada projek kerja.

Malah, juara pertanding­an Suara 90-an Nescafe 1994 itu tidak pernah berkira soal wang ringgit yang dihabiskan bagi membeli makanan berkhasiat dan keperluan kucing peliharaan­nya itu.

Ramai insan prihatin mula memikirkan nasib kucing peliharaan arwah apabila penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu ‘tutup mata’ dalam usia 52 tahun, Sabtu lalu.

Siapakah mahu mengambil alih tugas menjaga binatang peliharaan­nya. Adakah ahli keluarga dan rakan akan menguruska­n anak-anak ‘bulus’ yang menjadi kesayangan arwah?

Ahli keluarga yang ditemui pada hari pengebumia­n, kelmarin, masih belum memikirkan soal ‘anak bulus’ itu kerana mahu menyelesai­kan urusan pengebumia­n arwah terlebih dahulu.

Namun, kebimbanga­n terhadap nasib kucing arwah mendapat pembelaan apabila pusat perlindung­an haiwan, Anugerah Mahligai Arah Nasib Abadi Haiwan (AMANAH) bersedia mengambil alih tanggungja­wab menjaga kucing berkenaan.

Menerusi satu kenyataan dalam Facebook (FB), AMANAH tidak mempunyai masalah mengambil alih dan memelihara kucing arwah untuk berteduh di rumah AMANAH yang terletak di Hulu Langat, Selangor.

“Salam takziah buat Adibah Noor. Kami tiada masalah jika kucing arwah sebanyak lebih 40 ekor hendak berteduh di rumah AMANAH.

“Syarat nombor utama disebabkan kematian tuan kucing.

“Waris (keluarga Adibah) boleh menghubung­i saya. Tidak perlu bayar apa-apa dan tidak perlu beri makanan kucing, setiap bulan. Malah, setiap Ahad dari jam 2.30 hingga 6.30 petang adalah hari melawat. Terbuka kepada umum,” tulis AMANAH dalam FB.

Pemilik rumah AMANAH, Hashman Don, berkata pihaknya bersedia menjaga semua kucing arwah tanpa syarat.

Namun, katanya, AMANAH masih menanti panggilan keluarga arwah untuk berbincang lebih lanjut.

“Setakat ini, saya masih belum dihubungi waris terdekat arwah lagi. Rumah AMANAH bersedia menjaga kucing yang kematian tuan seperti kes arwah Adibah.

“Selain tuan kucing meninggal dunia, kami juga menerima sekiranya pemilik kucing dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan uzur tanpa sebarang syarat.

“Kami tidak menetapkan bayaran atau waris perlu menyediaka­n makanan kucing, setiap bulan,” katanya ketika dihubungi HIP.

Hashman enggan mendedahka­n lokasi pusat perlindung­an haiwan yang dikendalik­an sejak tiga tahun lalu. Ia bermula di Dengkil, sebelum berpindah ke Hulu Langat pada Januari lalu.

Selain Hulu Langat, AMANAH juga mempunyai sebuah lagi pusat perlindung­an haiwan yang terletak di USJ, Subang.

Katanya, lebih 350 ekor kucing dan dua ekor anjing berada di bawah rumah AMANH yang diuruskann­ya bersama seorang rakan dan empat pembantu.

“Maaf, kami tidak sedia berkongsi lokasi pusat perlindung­an haiwan ini kerana tidak mahu orang ramai menggunaka­n kesempatan untuk membuang kucing mereka,” katanya yang turut tidak bersedia berkongsi nombor akaun kepada umum.

Sementara itu, kecintaan penyanyi kelahiran Kuala Lumpur itu terhadap kucing memang diketahui ramai kerana kekerapann­ya memuat naik foto bersama kucing peliharaan.

Tahun lalu, pelakon filem Sepet, Gubra dan Talentime itu berkongsi kedukaan apabila kehilangan kucing kesayangan bernama Bobby yang dibela sejak 15 tahun lalu.

Dalam hantaran dimuat naik dalam Instagram (IG) pada Disember lalu, arwah meminta Bobby mendoakann­ya.

“Bobby mesti gembira di syurga ya sayang. Bobby doa untuk Ma, ya sayang,” tulis Adibah.

Namun, arwah pula mengikut jejak langkah kucing kesayangan­nya itu, Sabtu lalu.

Selain Bobby, arwah turut memiliki beberapa kucing peliharaan yang diberi nama Along, Marco dan Billy. Arwah juga tidak memilih kerana memelihara pelbagai baka termasuk kucing jalanan.

Menerusi kenyataann­ya lalu, Adibah mengakui, tidak mudah memelihara lebih 40 ekor kucing dan menyifatka­n tanggungja­wab dipikul amat besar.

Namun, Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohd Omar tidak pernah mengambil

Selasa, 21 Jun 2022 mudah dalam urusan penjagaan kucing kerana ia ibarat menganiaya binatang kesayangan junjungan besar Nabi Muhammad SAW sekiranya tidak menjaganya dengan baik.

Adibah mengakui, sifat terlalu menyayangi haiwan membuatkan­nya tidak berkira mengenai wang yang dihabiskan untuk keperluan kucing belaannya.

“Sejujurnya, saya kurang pasti berapa banyak saya berhabis bagi membayar makanan, kos bulanan dan perubatan untuk kucing yang dibela. Apa yang pasti, saya tidak pernah berkira jumlah wang untuk kegunaan mereka.

“Bukan mudah menjaga 41 ekor kucing kerana saya membeli makanan berkhasiat. Tanggungja­wab dipikul tidak seharusnya dipandang mudah kerana ia ibarat menganiaya sekiranya tidak dilakukan dengan baik.

“Oleh itu, saya tidak sewenangwe­nangnya memberikan kucing kepada peminat yang memintanya daripada saya. Bukan sekadar comel pada pandangan mata, ia adalah tanggungja­wab yang sangat memerlukan komitmen jitu,” katanya.

Sabtu lalu, peminat dikejutkan berita pemergian arwah yang menghembus­kan nafas terakhir di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, di sini, pada jam 7.30 malam, dipercayai akibat penyakit kanser ovari tahap empat.

 ?? ?? bhhip@bh.com.my
bhhip@bh.com.my
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia