Berita Harian

Filem Tamil tempatan sasar tayang di Netflix

-

Filem Tamil tempatan yang mula mendapat momentum di Malaysia bercadang menawarkan hasil karya mereka di platform over-the-top (OTT), iaitu Netflix dan Amazon Prime, dalam usaha menembusi pasaran antarabang­sa dan mendapat pengiktira­fan global.

Penerbit filem tempatan, Magendran Raman dari syarikat Vikadakavi Production Sdn Bhd, berkata inisiatif ini perlu berikutan kandungan filem Tamil tempatan semakin bertambah baik sejak kebelakang­an ini, apabila ramai penonton global menikmati kepelbagai­an kandungan ditawarkan.

“Jika diberi peluang, saya lebih suka mengetenga­hkan kandungan filem Tamil tempatan di Netflix kerana ia adalah platform yang baik. Pawagam hanya untuk kebanggaan.

“Kita perlu tahu siapa yang mengendali­kan Netf lix di Malaysia untuk kita teroka peluang ini,” katanya ketika diwawancar­a untuk mempromosi­kan filem Tamil tempatan berjudul Arulmozhi di Wisma BERNAMA, Kuala Lumpur, barubaru ini.

Magendran mengulas cadangan awal pemain industri agar platform penstriman memberi lebih banyak kelonggara­n kepada penerbit filem Tamil tempatan untuk melakukan eksperimen dengan gaya naratif dan penceritaa­n unik bagi pasaran Tamil.

Pelakon itu bersetuju bahawa diaspora Tamil yang besar menawarkan peluang kepada penerbit filem Tamil tempatan untuk melangkaui dua

Penerbit atau tiga negara melalui platform penstriman.

“Tamil adalah bahasa yang membolehka­n anda pergi ke persada antarabang­sa dengan mudah menyasarka­n negara seperti India, Sri Lanka dan Singapura selain Malaysia,” katanya.

Sementara itu, mengenai Arulmozhi yang mula ditayangka­n, Magendran yang turut membintang­i filem itu berkata, ia adalah filem yang penuh emosi dan suspens.

Filem itu berkisar seorang penyiasat persendiri­an yang tersilap menjadi pengawal ketika cuba mempertaha­nkan rakan dan keluargany­a daripada geng militan berbahaya yang merancang untuk melepaskan bom kimia.

Pengeluar filem itu menjangkak­an kutipan sekurang-kurangnya RM500,000.

Filem Arulmozhi turut menyasarka­n tayangan di India, Sri Lanka dan Singapura selain Malaysia.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia