Berita Harian

Kerjasama rakan ASEAN angkat industri perfileman

-

Annuar dan Md Nasir (kiri) ketika perjumpaan bersama Jina ketika melawat Gross Domestic Happiness Studio, di Bangkok, baru-baru ini.

Malaysia tinjau peluang bersama penerbit, pengedar filem di Thailand

Malaysia mahu meningkatk­an kerjasama dengan penggiat industri perfileman luar negara khususnya di negara ASEAN, dalam usaha mengangkat industri perfileman negara ke tahap lebih tinggi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang kini dalam rangka lawatan kerja ke Bangkok, Thailand berkata, beliau mahu meninjau peluang kerjasama antara penerbit dan pengedar filem di rantau itu.

Beliau mahu melihat lebih banyak kerjasama terjalin, antara penggiat industri itu di Malaysia dan negara-negara ASEAN, selain China, India dan Korea.

“Kita tidak boleh tunggu untuk mereka datang. Kita perlu bertindak proaktif untuk membawa industri perfileman ke tahap berikutnya,” katanya kepada BERNAMA.

Terdahulu, Annuar melawat Gross Domestic Happiness (GDH)

Annuar menyampaik­an cenderahat­i kepada Jina.

Studio, antara studio terbesar di Thailand.

GDH adalah pengeluar filem pelbagai genre dan drama, termasuk filem Bad Genius pada 2017 yang mencatatka­n kejayaan besar sehingga ke peringkat antarabang­sa.

Annuar turut mengadakan perbincang­an dengan Ketua Pegawai Eksekutif GDH, Jina Osothsilp untuk menjalin kerjasama dengan Thailand dalam industri perfileman.

Yang hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Prof Dr Md filem

Nasir Ibrahim.

Lawatan ke GDH memberi peluang kepada Annuar untuk melihat sendiri usaha dan dasar dilaksanak­an di Thailand, untuk mempromosi dan menggalakk­an industri perfileman.

Beliau berkata, Malaysia dan Thailand sudah menandatan­gani perjanjian secara bilateral dalam bidang seperti telekomuni­kasi, industri kreatif serta industri filem dan muzik.

Namun, berikutan pandemik COVID-19, perjanjian dicapai tidak dapat dilaksanak­an dan mahu inisiatif berkenaan disambung semula. BERNAMA

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia