Berita Harian

Pemain tukar jersi

-

Mourinho minat Luiz

Pemain Brazil, Douglas Luiz hanya berbaki 12 bulan dalam kontraknya bersama Aston Villa dan kelab terdesak melepaskan­nya bagi mengelak perpindaha­n tanpa bayaran tahun depan.

Laporan di Itali mendakwa Roma, yang dikendali bekas bos Chelsea dan Manchester United Jose Mourinho, masih berminat mendapatka­n Luiz, walaupun sudah menandatan­gani Nemanja Matic. Luiz membarisi kesebelasa­n utama Villa sejak menyertain­ya dari Manchester City pada 2019, memulakan 34 perlawanan musim lalu.

Sociedad mahu Griezmann Real Sociedad dijangka meningkatk­an tawarannya untuk mendapatka­n kembali bekas penyerangn­ya, Antoine Griezmann dari Barcelona musim panas ini.

Menurut laporan media Sepanyol, Griezmann adalah sasaran utama bekas kelabnya itu pada jendela perpindaha­n kali ini. Penyerang Perancis itu turut menjadi buruan kelab La Liga lain - Atletico Madrid dan Athletic Club.

Kedudukan Sterling tergantung Usaha Chelsea mendapatka­n Raheem Sterling dari Manchester City pada musim panas ini bergantung kepada apa yang berlaku kepada Romelu Lukaku dan Ousmane Dembele.

The Blues terpaksa bersaing dengan Barcelona, Real Madrid dan Arsenal bagi mendapatka­n penyerang England berusia 27 tahun itu. Sterling kurang mendapat minit permainan di bawah Pep Guardiola dan dia bersedia berpindah bagi memastikan tempat dalam kesebelasa­n utama.

Bersama City, Sterling menjaringk­an 13 gol dalam 30 penampilan di Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Rundingan Chelsea positif Pemain termahal Chelsea, Romelu Lukaku semakin hampir untuk kembali ke Serie A selepas rundingan antara Chelsea dan Inter Milan berakhir positif.

Media Itali melaporkan, tiada pertukaran pemain diperlukan dalam perpindaha­n itu, walaupun pengendali Chelsea Thomas Tuchel berminat mendapatka­n Denzel Dumfries. Sekiranya perpindaha­n Lukaku menjadi kenyataan, Sterling bakal menjadi penggantin­ya di Stamford

Bridge.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia