Berita Harian

United buat tawaran baharu De Jong

-

Liga Perdana Inggeris

London: Manchester United akan membuat tawaran baharu bagi mendapatka­n pemain tengah Barcelona, Frenkie de Jong. Pemain Belanda ini menjadi keutamaan Erik ten Hag selain Christian Eriksen.

Bagaimanap­un pertahanan Ajax, Jurrien Timber yang turut berada dalam radar United musim panas ini sudah pun mengikat perjanjian dengan Eredivisie.

Ten Hag mahu United menyelesai­kan urusan perpindaha­n De Jong dengan segera kerana menganggap pemain tengah Belanda itu sebagai pemain utama dalam usaha beliau melakukan revolusi perubahan di Old Trafford.

Sebaik sahaja berjaya diikat dari Barcelona, dia kemudian akan memutuskan pemain yang diperlukan dengan baki bajet yang tinggal.

Ketika seteru utama mereka, Liverpool dan Manchester City sudahpun membawa masuk pemain pada jendela perpindaha­n kali ini, The Red Devils setakat ini masih belum membuat sebarang pembelian.

Sementara itu, Richard Arnold

berusaha menjelaska­n perancanga­n United ketika dia berhadapan yang dengan penyokong yang mahu melakukan protes di luar rumahnya kelmarin.

Arnold dilantik sebagai Ketua Eksekutif United pada Februari lalu dilihat membincang­kan beberapa topik berkaitan kelab itu dengan peminat di sebuah pub. Video berkenaan disiarkan di Twitter. Mereka yang hadir merancang untuk melakukan protes, tetapi Arnold sebaliknya menemui mereka dengan membeli minuman.

Jurucakap kelab memaklumka­n kepada Sky Sports: “Richard Arnold mendengar sekumpulan peminat berkumpul di sebuah pub berhampira­n rumahnya. Dia kemudian pergi menemui mereka, mendengar pandangan mereka.

“Selepas itu, dia menjelaska­n apa yang kelab lakukan untuk mencapai kejayaan di atas padang, memperbaik­i stadium dan mengukuhka­n hubungan dengan penyokong.” AGENSI

Frenkie de Jong

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia