Berita Harian

Keputusan 17 Oktober

- Oleh Syafiq Aznan

Tuan rumah Piala Asia 2023

syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Apa ada dengan 17 Oktober?

Bukan hari Isnin semata-mata kerana 17 Oktober akan menjadi ‘tarikh keramat’ memandangk­an pada hari itulah tuan rumah Piala Asia 2023 bagi menggantik­an China yang menarik diri akan diketahui oleh semua 24 pasukan bertanding.

Perkembang­an itu dinyatakan Setiausaha Agung Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC), Datuk

Seri Windsor Paul John ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Namun, badan induk itu masih berahsia mengenai jumlah negara yang sudah mengemukak­an bidaan untuk menjadi tuan rumah dengan pasukan berminat masih boleh memohon sehingga tarikh akhir 30 Jun ini.

“Tarikh tutup untuk pasukan membida hak tuan rumah adalah pada 30 Jun dan selepas itu AFC akan mengadakan perbincang­an dengan teliti bagi memilih tuan rumah untuk menggantik­an China.

“Keputusann­ya dijangka diketahui pada 17 Oktober nanti. Bagi undian pula, belum ada tarikh tetapi kebiasaann­ya akan dilakukan lima atau enam bulan sebelum pertanding­an. Kita tidak boleh berkongsi apa-apa maklumat lanjut buat masa ini jadi tunggu sehingga 30 Jun nanti,” katanya.

Menurut beberapa laporan media antarabang­sa, Qatar, Arab Saudi, Jepun dan Korea Selatan dipercayai antara pilihan untuk menggantik­an China sebagai tuan rumah Piala Asia 2023.

Australia yang memiliki fasiliti selepas menjadi tuan rumah edisi 2015 dikatakan sukar menjadi tuan rumah kerana mereka sudah menjadi penganjur Piala Dunia Wanita 2023 bersama New Zealand pada Julai dan Ogos 2023.

Qatar yang juga tuan rumah Piala Dunia 2022 dan Arab Saudi tidak dapat menganjurk­an Piala Asia 2023 pada pertengaha­n tahun susulan cuaca panas dan kejohanan itu mungkin perlu ditarik sehingga hujung 2023 atau awal 2024.

Korea Selatan pula mengesahka­n mereka sudah mengadakan ‘perbincang­an’ selepas China menarik diri sebagai tuan rumah namun mereka bimbang tidak cukup masa untuk menyediaka­n kejohanan bertaraf dunia di negara itu.

Jepun sebelum ini pernah mendedahka­n mereka sudah dihubungi secara tidak formal untuk kemungkina­n menggantik­an China sebagai tuan rumah Piala Asia 2023.

Jepun tampak memiliki infrastruk­tur untuk menganjurk­an Piala Asia pada Jun dan Julai tahun depan selepas menjadi penganjur bersama Piala Dunia 2002, Piala Dunia Ragbi 2019 dan kejohanan bola sepak Olimpik tahun lalu.

Liga Super

Windsor Paul John

 ?? (Foto BERNAMA) ??
(Foto BERNAMA)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia