Berita Harian

‘Saya sendiri tak jangka sampai 7 gol’

-

Pemain Selangor FC meraikan kejayaan membenam Sarawak United FC 7-0 pada saingan Liga Super di Stadium MBPJ, kelmarin.

Kuala Lumpur: hari kita!’

Itu rumusan daripada pengendali Selangor FC, Michael Feichtenbe­iner selepas menyaksika­n anak buahnya membelasah Sarawak United FC 7-0 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), dekat sini, kelmarin.

Jurulatih dari Jerman itu mengakui kemenangan 7-0 itu bukan sesuatu yang berada dalam jangkaanny­a, sekali gus dia menyatakan rasa gembira dengan persembaha­n ditunjukka­n barisan pemainnya itu.

“Kemenangan besar seperti ini kadangkala berlaku, mungkin tuah untuk kita, tetapi ‘Ini memang

Sarawak United tetap pasukan yang baik. Kelebihan kepada kita adalah kita berjaya menjaringk­an gol dengan peluang awal yang dimiliki dan ia memudahkan lagi kerja kita.

“Kita mencipta banyak peluang dan saya mahukan persembaha­n yang terbaik, cuma saya tidak jangka sehingga tujuh gol. Tetapi saya sememangny­a mahu pasukan saya menjaringk­an seberapa banyak gol yang boleh membuatkan saya gembira dengan mereka.

“Mereka tunjukkan keinginan untuk menjaringk­an gol sejak awal permainan, walaupun mendahului 3-0 dan mendapat gol keempat, mereka tidak berhenti dan terus menjaringk­an gol untuk menghiburk­an penyokong,” katanya.

Pada aksi terbabit, pemain tengahnya yang berjuang dengan kanser testis sebelum ini, Brendan Gan memacu kemenangan Gergasi Merah dengan gol pembukaan seawal minit ketujuh pada penampilan sulungnya musim ini.

Penggempur berbisa mereka, Herlison Caoin terus membuktika­n ketajamann­ya apabila melakar hatrik dan kemenangan itu menyaksika­n Selangor muncul pasukan dengan jaringan terbanyak iaitu 19 gol sekalipun baru beraksi enam perlawanan setakat ini

Sementara itu, pembantu jurulatih skuad The Crocs, Ahmad Nurfaizal Patrick Abdullah menerima kekalahan itu apatah lagi pasukannya bertandang ke gelanggang lawan dengan pelbagai cabaran sebelum perlawanan.

“Kita terima kekalahan ini dan melihat kekurangan yang kita hadapi apabila ketiadaan ketua jurulatih sedikit sebanyak mengganggu persiapan pasukan.

“Banyak yang perlu diatasi dalam masa singkat untuk bertemu pasukan besar seperti Selangor dan dengan pemain import yang digantung serta cedera, ini memberi cabaran kepada kita,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia