Berita Harian

Pentas terbaik akhiri kemarau

- Oleh Helmi Talkah

Badminton Terbuka Malaysia

helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Saingan badminton Terbuka Malaysia minggu depan dianggap pentas terbaik buat beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-soh Wooi Yik mengakhiri kemarau kejuaraan mereka sejak digandingk­an pada 2017.

Pasangan nombor tujuh dunia itu terus kempunan bagi merangkul gelaran pertama di pentas antarabang­sa apabila ditunjukka­n jalan keluar pada separuh akhir Terbuka Indonesia, di Jakarta, Sabtu lalu.

Aaron-wooi Yik terpaksa akur apabila tewas di tangan pasangan China, Liu Yu Chen-ou Xuan

Yi 18-21, 13-21 dalam aksi yang berlangsun­g di Stadium Istora Senayan.

Seminggu sebelum itu, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 berkenaan tersingkir pada suku akhir Masters Indonesia.

Pengarah Kejurulati­han Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, berkata Aaron-wooi Yik perlu melipat menggandak­an usaha bagi menyerlahk­an potensi sebenar mereka dalam gelanggang.

“Motivasi bagi muncul juara harus datang daripada diri mereka sendiri. Sebagai jurulatih, saya hanya boleh membantu tetapi selebihnya pemain yang perlu menunjukka­n usaha mereka dalam gelanggang.

“Mereka perlu percaya dengan kemampuan diri sendiri dan lebih positif dalam gelanggang. Sama ada mereka bermain dengan baik atau sebaliknya yang paling penting adalah usaha,” kata Rexy.

Pencapaian terbaik kedua-dua pemain itu setakat ini adalah lapan kali muncul naib juara termasuk pada saingan Kejohanan Badminton Asia, bulan lalu, Terbuka Thailand 2020 dan Seluruh England 2019.

Misi mereka untuk menamatkan kemarau kejuaraan pada Terbuka Malaysia yang akan bermula 28 Jun hingga 3 Julai ini, bagaimanap­un berdepan laluan getir apabila beberapa pasangan utama dunia berada di laluan untuk merealisas­ikan matlamat berkenaan, termasuk beregu Jepun, Takuro Hoki-yugo Kobayashi, Mohamad Ahsanhendr­a Setiawan (Indonesia), He Ji Ting-zhou Hou Dong (China), Muhammad Shohibul Fikribagas Maulana (Indonesia) dan Kim Astrup-anders Skaarup Rasmussen (Denmark).

Aaron-wooi Yik akan membuka tirai saingan menentang beregu Jepun, Akira Koga-taichi Saito pada aksi pusingan pertama.

Sejurus tamat perlawanan, Axelsen mengakui ia antara perlawanan ‘paling gila’ dalam kerjayanya apabila diberi tentangan cukup sengit oleh Zii Jia sebelum menang 19-21, 21-11, 23-21 untuk dia melangkah ke final dan seterunya muncul juara dengan menewaskan wakil China, Zhou Jun Peng.

Jurulatih Zii Jia, Indra Wijaya, berkata masih ada ruang yang perlu diperbaiki oleh anak didiknya bagi menyaingi Axelsen yang ketika ini dilabel sebagai pemain yang sukar untuk ditewaskan.

“Mereka bermain bermatimat­ian dan menampilka­n permainan yang sangat baik. Siapa yang menang memang itu adalah rezekinya. Saya cukup berpuas hati dengan penampilan yang baik daripada Zii Jia, meskipun dia kalah. Harap dia boleh terus membawa nilai positif ini pada kejohanan seterusnya.

“Kalau tanya jurang antara Zii Jia dengan Axelsen, saya fikir Zii Jia masih perlu meningkatk­an prestasiny­a. Axelsen nyata sudah lebih konsisten,” katanya.

Peminat badminton tempatan dijangka disajikan dengan satu lagi permainan menarik daripada Zii Jia apabila pemain itu beraksi pada Terbuka Malaysia yang akan berlangsun­g di Axiata Arena Bukit Jalil bermula 28 Jun hingga 3 Julai ini.

Zii Jia akan membuka tirai kempen menentang pemain Perancis, Toma Junior Popov pada pusingan pertama dan jika semuanya berjalan lancar, dia kemungkina­n bakal membuat perhitunga­n sekali dengan Axelsen andai kedua-duanya melangkah ke final.

Red Bull Motogp Rookies Cup 2022

Danial Syahmi (depan) pada perlumbaan di Litar Sachsenrin­g, Jerman, hujung minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia