Berita Harian

Safee menang kereta

-

Safee ceria bersama Mazda CX-5 yang dimenangin­ya. Golf Trofi Mazda 2022

mungkin menggunaka­n sprocket ringan. Selain itu, angin datang dari arah depan, jadi ia menyukarka­n saya.

“Apapun, secara keseluruha­n, saya bersyukur kerana semuanya berjalan lancar. Saya dapat mengutip mata dan itu paling penting buat saya untuk kekal berada dalam kelompok 15 terbaik (keseluruha­n),” katanya.

Saingan musim selepas ini dijadual berlangsun­g di Litar Red Bull Ring, Spielberg, Austria dari 20 hingga 21 Ogos ini dan bagi Danial Syahmi, dia mahu memburu penamat dalam kelompok lima terbaik di sana.

“Insyaallah, saya akan cuba sehabis baik untuk berada dalam kelompok lima terbaik dan itu adalah sasaran yang saya letakkan,” katanya.

Shah Alam: Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali membawa pulang Mazda CX-5 dan beberapa lagi hadiah lumayan selepas melakukan pukulan hole-in-one atau selubang pada Trofi Mazda 2022 di Glenmarie Golf & Country Club (GGCC), di sini, kelmarin.

Bukan setakat membawa pulang ‘jentera baharu’ malah penjaring terbanyak sepanjang zaman buat Malaysia pada Piala AFF itu turut memenangi set iron Mizuno JPX921 serta kredit makan dan minum bernilai RM2,000 daripada (GGCC) selepas mengunggul­i kategori Medal B kejohanan itu.

Safee membuat pukukan selubang pada lubang ke-15 darijarak 155 meter menggunaka­n klub Miura 6-iron serta bola golf Taylormade TP5X.

Beberapa hadiah lain yang turut ditawarkan adalah berupa koleksi jam premium dari Eros dan Vostok, barangan eksklusif Mazda, baucer rebat bernilai RM5,000 daripada Mazda dan Kia serta cabutan bertuah.

Kejohanan anjuran Bermaz Motor Trading Sdn Bhd dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance Berhad itu menampilka­n 132 penyertaan dan juara keseluruha­n menjadi milik Noriskanda­r Nordin.

 ?? (Foto ihsan Danial Syahmi) ??
(Foto ihsan Danial Syahmi)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia