Berita Harian

Danial puas tamatkan 2 perlumbaan

-

Kuala Lumpur: Pelumba negara dalam pembikinan, Danial Syahmi Ahmad Shahril puas dapat menemui garisan penamat dalam kedua-dua perlumbaan Red Bull Motogp Rookies Cup 2022 di Litar Sachsenrin­g, Jerman, hujung minggu lalu dalam kelompok menawarkan mata.

Danial berkata, walaupun berdepan beberapa isu ketika kedua-dua perlumbaan, dia bersyukur dapat menemui garisan penamat, sekali gus meletakkan dirinya berada di kedudukan ke13 daripada 26 pelumba dalam carta keseluruha­n ketika ini.

Pelumba berusia 19 tahun itu menamatkan Perlumbaan 1 di tempat ke-10 meskipun bergelut dengan masalah brek sebelum menemui penamat di tempat ke-13 dalam keadaan pesaing di kelompok hadapan menggunaka­n percaturan berbeza.

“Pada Perlumbaan 1, semuanya berjalan lancar. Begitupun pada permulaan saingan itu agak sukar, tetapi saya mempunyai keyakinan untuk mengekori kelompok depan. Saya cuba beri saingan di depan, tetapi pada pertengaha­n perlumbaan, saya mengalami masalah brek dan ia menyukarka­n saya mengawal jentera.

“Pada Perlumbaan 2 pula, saya mengalami masalah pada awal saingan, motosikal menjadi berat kerana kami memakai sprocket berat dan ia menyukarka­n untuk mengekori kelompok depan.

“Apabila saya ‘buka minyak’, saya agak ketinggala­n dengan kelompok kerana yang depan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia