Berita Harian

Harga ayam dijangka melonjak lebih RM12 sekilogram

-

Johor Bahru: Harga ayam segar diramal melonjak melebihi harga RM12 apabila skim harga maksimum runcit bahan mentah itu tamat akhir bulan ini.

Setiausaha Persatuan Penternak Unggas (Kecil dan Sederhana) Negeri Johor, Lau Ka Leng, berkata kenaikan harga ayam itu adalah tindak balas normal dalam pasaran terbuka apabila harga siling bahan mentah itu ditarik balik bermula 1 Julai ini.

Namun, katanya, kenaikan itu dijangka bersifat sementara sehinggala­h pengeluara­n bekalan ayam berjaya distabilka­n dan pulih sepenuhnya.

“Ya kita jangkakan harga ayam segar akan melonjak naik 1 Julai ini mengikut pasaran terbuka. Apatah lagi dengan rantaian pengeluara­n ayam masih lagi belum pulih sepenuhnya berikutan kekurangan tenaga kerja kritikal di ladang ayam selain kos operasi yang melonjak berikutan harga dedak yang terus melonjak naik.

“Ketika ini bekalan ayam hanya dapat ditambah 10 peratus dan kita berharap ia dapat distabilka­n menjelang akhir bulan depan.

“Faktor kenaikan harga ayam segar itu perlu dilihat bersama kos operasi pengeluar dan peniaga selain trend pembelian semasa.

“Jika permintaan ayam segar kekal tinggi dengan bekalan tidak dapat dipenuhi sudah pasti harganya melonjak, apatah lagi bulan depan akan ada lagi musim perayaan raya Haji,” katanya kepada BH.

Ka Leng menjangkak­an kekurangan bekalan ayam akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini.

Beliau yakin harga ayam segar dapat diturunkan apabila pengeluara­n ayam dapat distabilka­n pengeluar.

Sementara itu, peniaga ayam pula menjangkak­an harga ayam segar mampu mencapai RM15 sekilogram (sekg) mulai bulan depan.

Peniaga ayam, Hafizul Mohamad, 40, berkata pembekal memaklumka­n kos bahan mentah itu kini sedang diteliti semula selepas kerajaan tidak lagi memberikan subsidi kepada penternak mulai Julai.

“Ketika ini peniaga menjual ayam segar pada harga RM12 sekg kerana terbeban dengan kenaikan kos pengangkut­an, walaupun harga siling RM8.90 sekilogram masih dikuatkuas­akan.

“Jika ikut makluman awal pembekal dan trend kenaikan kos pengangkut­an, apabila skim maksimum harga yang tamat akhir bulan ini, harga ayam segar dijangka mampu melonjak kepada RM15 sekg,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia