Berita Harian

Awasi kenaikan harga mendadak

-

Putrajaya: Kerajaan akan mengambil tindakan mengikut Akta Anti Pencatutan, jika berlaku kenaikan mendadak susulan tamatnya penentuan harga siling ayam dan telur mulai 1 Julai ini.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata wakil industri memaklumka­n, harga ayam akan melepasi RM10, tetapi tidak melebihi RM12.90 sekilogram.

Beliau berkata, pihaknya sudah meminta pengeluar tidak meningkatk­an terlalu tinggi hingga membebanka­n pengguna apabila dimaklumka­n harga ayam dan telur akan mengalami kenaikan bulan depan.

“Saya tidak akan sahkan berapa harganya bila kita apung, terpulang kepada kuasa pasaran,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia