Berita Harian

Laluan alternatif Terowong Menora sudah diluluskan

- Oleh Balqis Jazimah Zahari bhnews@bh.com.my

Perlu patuhi kajian alam sekitar, impak sosial, trafik

Ipoh: Kerajaan secara prinsipnya, sudah meluluskan cadangan membina jalan pintas sebagai laluan alternatif kepada kenderaan supaya tidak melalui Terowong Menora di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), di sini.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata bagaimanap­un pihak syarikat dicadangka­n perlu mematuhi semua syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

“Memang cadangan sebenarnya sudah dibentangk­an kepada kementeria­n, kita ada bawa ke Kabinet dan secara prinsipnya sudah diluluskan.

“Apabila diluluskan secara prinsip, pihak syarikat perlu mematuhi semua prasyarat yang diletakkan oleh LLM dan juga kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perasmian Persidanga­n Pegawai Kanan (SOC) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia 2022, di sini semalam.

Fadillah berkata, antara syarat yang ditetapkan ialah kajian alam sekitar, impak sosial dan trafik sebelum projek boleh dilaksanak­an.

“Bagi memastikan projek ini ‘viable’ (boleh) dilaksanak­an, perlu melihat bagaimana kos projek itu dan berapa tol yang dikenakan nanti untuk membayar balik hutang operasi dan sebagainya.

“Sama ada projek ini boleh dilaksanak­an atau tidak akan hanya dimuktamad­kan apabila semua kajian itu selesai dan dibentangk­an, sekarang ini kita sedang menunggu proses ini,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan Perak bersetuju dengan cadangan membina jalan pintas sebagai laluan alternatif kepada kenderaan supaya tidak melalui Terowong Menora di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), di sini sebagai mengurangk­an risiko kemalangan jalan raya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, dilaporkan berkata cadangan membina laluan pintas sejauh 64 kilometer (km) bermula dari susur keluar Gopeng melalui Seputih sebelum keluar di Kuala Kangsar itu sudah diluluskan Kabinet bulan lalu untuk pembinaan.

Dalam pada itu, Fadillah berkata, sebahagian daripada jajaran projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) dijangka hanya dapat disiapkan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Katanya, kelewatan itu berpunca berikutan masalah yang dihadapi oleh kontraktor terbabit.

“Antara penyebab kelewatan dahulu adalah ada perubahan dari segi jajaran.

“Selain itu, proses pengambila­n tanah. Seperti kita tahu ia bukan di bawah kawalan kami tetapi di bawah kerajaan negeri. Mereka terpaksa menyelesai­kan banyak perkara, apabila tanah tidak selesai, projek itu tidak dapat dijalankan.

“Sebab itu saya jangkakan ada sebahagian 'portion' daripada WCE itu hanya akan siap tiga tahun dari sekarang,” katanya.

Mengulas lanjut, satu jajaran WCE di Tanjong Karang, di sini kontraktor berdepan beberapa masalah untuk meneruskan projek.

“Ada satu seksyen di Tanjong Karang, kontraktor mereka tidak dapat meneruskan dan ada masalah sikit, IJM Corporatio­n Bhd (IJM) sendiri mengambil alih projek itu,” katanya.

 ?? (Foto L MANIMARAN/BH) ?? Fadillah (tengah) melawat tapak pameran ketika hadir Majlis Perasmian Persidanga­n Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia 2022 di Hotel Casuarina, Meru Ipoh.
(Foto L MANIMARAN/BH) Fadillah (tengah) melawat tapak pameran ketika hadir Majlis Perasmian Persidanga­n Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia 2022 di Hotel Casuarina, Meru Ipoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia