Berita Harian

Tambah 9 laluan baharu bas percuma

-

Iskandar Puteri: Kerajaan Johor akan menambah sembilan laluan baharu perkhidmat­an bas percuma, Bas Muafakat Johor (BMJ) bagi memperluas­kan liputan jaringan pengangkut­an awam negeri.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raja, Pengangkut­an dan Infrastruk­tur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata langkah itu membabitka­n kos sebanyak RM3.84 juta.

“Satu daripada sembilan laluan baharu itu terletak kawasan Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT).

“Laluan berkenaan bermula dari bandar Kota Tinggi ke Tanjung Sedili dengan cadangan kekerapan perjalanan empat kali sehari.

“Cadangan tambahan laluan baharu itu telah dikemukaka­n pada Mesyuarat Kerajaan Negeri pada tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan, Muszaide Makmor (Bn-sedili) berkaitan inisiatif perkhidmat­an kemudahan pengangkut­an awam pada Sidang Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, di sini semalam.

Mohamad Fazli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pasir, berkata cadangan bagi laluan tambahan lain BMJ masih dalam proses untuk dimuktamad­kan.

“Pihak Perbadanan Pengangkut­an Awam (PAJ) Johor akan menjalanka­n proses perolehan bagi melantik operator yang berkelayak­an untuk menjalanka­n operasi di laluan berkenaan sekiranya proses memuktamad­kan klausa dengan kerajaan negeri telah selesai,” katanya.

Perkhidmat­an BMJ adalah perkhidmat­an bas percuma kepada warganegar­a Malaysia yang dilaksanak­an sejak 2016.

Ia disediakan kerajaan negeri dengan 14 pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit dan perkhidmat­an bas berkenaan dikendalik­an oleh PAJ.

 ?? ?? Mohamad Fazli Mohamad Salleh
Mohamad Fazli Mohamad Salleh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia