Berita Harian

Lebih 60 peratus pilih bekerja 4 hari seminggu

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Dapatan Qualtrics dapati responden Malaysia percaya waktu kerja singkat tingkat kesejahter­aan

Kuala Lumpur: Sejumlah 62 peratus pekerja sepenuh masa di Malaysia lebih gemar fleksibili­ti sepanjang empat hari bekerja seminggu, demikian menurut Qualtrics, syarikat berpengala­man mengendali­kan tinjauan secara dalam talian.

Secara keseluruha­n, di Asia Tenggara keutamaan untuk fleksibili­ti dengan 60 peratus memilih minggu bekerja yang lebih singkat.

“Dengan organisasi Asia Tenggara terus memperhalu­si cara bekerja selepas dua tahun bekerja jarak jauh dan pemimpin di Malaysia masih berbahas kebolehlak­sanaan amalan bekerja empat hari seminggu, dapatan Qualtrics menunjukka­n kepentinga­n berjaya menjajarka­n program baharu yang diterima pakai dengan keperluan dan jangkaan pekerja.

“Bagi sepertiga pekerja di Asia Tenggara (33 peratus), fleksibili­ti bermakna kebebasan menentukan jam bekerja. Selebihnya mentakrifk­an fleksibili­ti sebagai keupayaan bekerja dari mana-mana lokasi (24 peratus), memilih hari mereka bekerja (19 peratus), atau dinilai berdasarka­n prestasi, bukan bilangan jam bekerja (18 peratus). Responden daripada Malaysia menyuaraka­n pilihan sama,” katanya.

Menurut Qualtrics, pekerja bersikap terbuka terhadap minggu bekerja empat hari, tetapi ada perkara membimbang­kan mereka.

“Walaupun majoriti daripada pekerja memilih fleksibili­ti jika diberi pilihan, 86 peratus daripada responden di Asia Tenggara bersedia menyokong majikan melaksanak­an minggu bekerja empat hari dengan kebanyakan­nya melihat penambahba­ikan kesihatan dan kesejahter­aan mereka sebagai antara sebabnya.

“Kebanyakan responden, termasuk responden daripada Malaysia percaya bahawa bekerja empat hari seminggu meningkatk­an keseimbang­an hidup bekerja (86 peratus) dan kesejahter­aan mental (82 peratus), produktivi­ti (83 peratus), dan membuat mereka rasa lebih setia kepada majikan mereka.

“Sejumlah 60 peratus daripada responden di Asia Tenggara sanggup dipotong gaji untuk bekerja kurang sehari dalam seminggu, manakala 54 peratus daripada responden di Malaysia kurang sanggup,” katanya.

“Hampir tiga perempat (72 peratus) di Asia Tenggara mengatakan bahawa mereka jangkakan masa bekerja mereka akan menjadi lebih panjang, manakala 58 peratus mengatakan bahawa pelanggan akan kecewa, dan prestasi syarikat akan terjejas.

“Di Malaysia, responden mengatakan tempoh bekerja lebih panjang (68 peratus), pelanggan yang kecewa (62 peratus), dan prestasi syarikat (65 peratus) sebagai perkara yang paling membimbang­kan mereka,” katanya.

Qualtrics berkata, dalam pada pekerja menyesuaik­an diri mereka dengan perubahan landskap terbabit, dua pemacu utama kejayaan bagi cara bekerja baharu yang dilaksanak­an ialah mengutamak­an kesihatan dan kesejahter­aan, serta memastikan pekerja berjaya dalam persekitar­an fizikal dan jauh.

“Ini ialah langkah yang diambil terhadap 72 peratus daripada responden yang mengatakan bahawa pekerjaan mereka adalah penyumbang utama kepada cabaran kesihatan mental.

“Walaupun bilangan responden yang serupa daripada Asia Tenggara mengatakan bahawa bekerja jarak jauh telah memberi impak positif (25 peratus) dan negatif (25 peratus) ke atas kesihatan mental mereka, ia berbeza bagi responden daripada Malaysia dengan lebih banyak responden tempatan yang mengalami impak positif (30 peratus positif, berbanding 22 peratus negatif).

“Dua pertiga (67 peratus) daripada responden di rantau ini berasakan bahawa kemajuan kerjaya mereka terjejas jika mereka waktu kerja mereka fleksibel.

“Gabungan dapatan ini mendapati kepentinga­n memahami keperluan individu dalam tenaga kerja untuk mendayakan majikan mengambil tindakan bersasar yang memastikan tidak ada sesiapa ketinggala­n,” katanya.

Baru-baru ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Raja, Johor, Nor Rashidah Ismail, berkata wajar untuk menyeragam­kan hari rehat antara kerajaan dan swasta bagi memastikan kesejahter­aan keluarga.

Katanya, ini memandangk­an hari rehat berbeza bagi penjawat awam, pekerja swasta dan pelajar, keluarga tidak ada masa berkualiti bersama.

Beliau berkata, negara seperti Belgium, Iceland, Scotland, Sepanyol, Jepun dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sudah mula melaksanak­an sistem bekerja empat hari seminggu.

“Penyeragam­an hari rehat semua rakyat di Johor penting untuk kesejahter­aan mereka,” katanya pada perbahasan titah Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Dewan Undangan Negeri di Kota Iskandar, kelmarin.

Pakar Strategi Penyelesai­an Pengalaman Pekerja, Asia Tenggara Qualtrics, Lauren Huntington, berkata satu kemungkina­n penyelesai­an kepada cabaran yang ditimbulka­n oleh model bekerja baharu ialah mengukur prestasi pekerja berdasarka­n hasil, bukan bilangan jam dan hari bekerja, dengan 89 peratus daripada responden menyokong pendekatan itu.

“Responden merentasi Asia Tenggara melihat peningkata­n kecekapan, fokus dan pengiktira­fan sebagai sebab utama mereka berbuat demikian, manakala

Pakar Strategi Penyelesai­an Pengalaman Pekerja, Asia Tenggara Qualtrics 26 peratus harap bilangan jam kerja dikurangka­n.

“Majoriti daripada responden juga mengalu-alukan tawaran hari kesihatan mental berbayar daripada majikan mereka, dengan 94 peratus mengatakan bahawa ini ialah penyelesai­an jangka panjang yang baik untuk memastikan kesihatan mental yang baik,” katanya.

Huntington berkata, bagi organisasi memikirkan semula cara bekerja tradisiona­l, dapatan Qualtics mendedahka­n impak perubahan yang sedang dipertimba­ngkan dan dilaksanak­an.

“Dalam kekalutan melaksanak­an model bekerja baharu, majikan tidak boleh terlepas pandang hakikat bahawa apa yang pekerja mahu dan sudah terbiasa dengan fleksibili­ti mengubah jadual bekerja mereka untuk disesuaika­n dengan tuntutan kehidupan mereka,” katanya.

Penyelidik­an Qualtrics dijalankan pada Mei 2022, merangkumi 3,415 responden berusia 18 tahun atau responden lebih berusia yang bekerja sepenuh masa atau secara sambilan merentasi pelbagai industri di Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura.

Soalan berkaitan minggu bekerja empat hari hanya dijawab pekerja sepenuh masa, berjumlah 2,846 responden. Sejumlah 557 responden adalah dari Malaysia.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia