Berita Harian

Jemaah haji dinasihat tak berniaga di hadapan Kaabah

-

Putrajaya: Jemaah haji Malaysia dinasihatk­an tidak menjalanka­n aktiviti perniagaan atau mempromosi­kan produk ketika berada di hadapan Kaabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, berkata jemaah haji perlu memberi tumpuan kepada ibadah ketika berada di Makkah dan bukan melakukan aktiviti lain yang tidak sepatutnya.

Beliau berkata, tempat berdoa paling mustajab adalah di depan Kaabah dan jemaah dinasihatk­an mengambil peluang itu untuk memohon kepada Allah SWT dan tidak melakukan perkara yang boleh mengganggu ibadah pihak lain.

Katanya, jemaah juga wajar mempersiap­kan diri dengan ilmu yang tinggi dalam melakukan ibadah haji.

“Kos perbelanja­an untuk mengerjaka­n haji ketika ini juga sudah meningkat dan jemaah perlu memanfaatk­an peluang yang ada dengan mengelakka­n melakukan perkara yang tidak sepatutnya,” katanya pada sidang media selepas menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Auditorium Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Idris menjawab pertanyaan pemberita mengenai klip video berdurasi 43 saat di Tiktok yang tular di media sosial memaparkan seorang wanita mempromosi produknya di depan Kaabah.

Mengenai video tular di Tiktok menunjukka­n rakan pengantin memberikan hadiah tidak senonoh kepada pengantin dalam satu majlis perkahwina­n, Idris berkata, hadiah yang ingin diberikan seharusnya daripada barangan yang menggembir­akan.

Katanya, tujuan memberi hadiah kepada orang lain bagi menambah kasih sayang, selain umat Islam perlu mengelakka­n daripada memberi hadiah yang boleh menimbulka­n aib kepada penerima termasuk pemberi.

Idris Ahmad

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia