Berita Harian

Cubaan bunuh diri mungkin tak jadi jenayah

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Kesihatan (KKM) masih menunggu maklum balas Pejabat Peguam Negara (AGC) berhubung cadangan pindaan Seksyen 309 Kanun Keseksaan bagi kesalahan cubaan bunuh diri.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata Jemaah Menteri juga bersetuju agar keputusan sama ada akan ‘decriminal­ization’ Seksyen 309 Kanun Keseksaan atau sebaliknya, selepas menerima pandangan AGC.

“Kita masih menunggu makluman AGC. Saya sudah bangkitkan kepada Jemaah Menteri untuk kita adakan moratorium (bagi pendakwaan dan sabitan bagi kes di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan).

“Namun, pandangan Jemaah Menteri mahu biar ia dimuktamad­kan pada peringkat AGC. Kita perlu dapat pandangan terlebih dahulu sama ada bunuh diri akan ‘decriminal­ized’ atau sebaliknya.

“Selepas itu (menerima pandangan AGC) Jemaah Menteri buat keputusan (mengenai cadangan pindaan Seksyen 309 Kanun Keseksaan),” katanya pada sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia