Berita Harian

Wujud kawasan tanaman di kem tentera

-

Tampin: Kementeria­n Pertahanan (MINDEF) berhasrat mewujudkan kawasan tanaman di setiap kem angkatan tentera di seluruh negara bagi menjamin sekuriti makanan, terutama untuk keperluan anggota.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, berkata pada peringkat permulaan, Kem Syed Sirajuddin, Gemas di sini dijadikan projek rintis bagi tujuan berkenaan.

“Aktiviti bercucuk tanam itu dah ada pun. Saya dah tengok tadi, jadi dalam apa juga keadaan, termasuk harga makanan melambung, kita ada kemampuan sendiri. Sekurang-kurangnya anggota boleh fokus kepada tanggungja­wab mereka, iaitu keselamata­n dan pertahanan.

“Saya nak dapat laporan nanti dan sekiranya boleh diperluask­an untuk semua kem atau mungkin setiap zon,” katanya kepada pemberita selepas menyaksika­n Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2022 ATM di sini, semalam.

Beliau berkata, perbincang­an mengenai perkara itu sudah dibuat bersama Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Darat, Datuk Zamrose Mohd Zain.

Kelmarin, Zamrose dalam satu kenyataan di Facebook memaklumka­n, Ladang Integrasi Tentera Darat di Kem Syed Sirajudin dilaksanak­an menerusi Program Kelestaria­n Makanan Tentera Darat bertujuan membantu meringanka­n kos sara hidup warganya melalui hasil pertanian.

Beliau berkata, ia juga sebagai langkah awal dalam menangani permasalah­an krisis makanan yang berkemungk­inan dihadapi pada masa hadapan, sekali gus memastikan kelestaria­n makanan, terutama dalam kalangan anggota dan masyarakat sentiasa terjamin.

Mengulas mengenai LKT, Hishammudd­in

berkata, ia adalah usaha MINDEF bagi memastikan ketiga-tiga cabang perkhidmat­an Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus dilengkapi aset yang diperlukan meskipun dalam era pasca pandemik COVID-19.

“Selagi saya sebagai Menteri Pertahanan, kami akan buat apa sahaja bagi memastikan, moral mereka tinggi dan semangat mereka kuat dan Insya-allah, apa yang mampu kita lakukan dari apa juga aspek.

“Pengguna akhir (tentera) yang akan gunakan aset ini, wajar mereka ini menentukan jenis aset yang diperlukan dan sekiranya kita mampu dalam konteks kewangan negara, Kementeria­n Pertahanan akan mempercepa­tkannya, itu adalah proses yang saya umumkan sebelum ini,” katanya. BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Hishammudd­in bertemu anggota tentera selepas menyaksika­n Latihan Kuasa Tembakan 2022 ATM di Tampin, semalam.
(Foto BERNAMA) Hishammudd­in bertemu anggota tentera selepas menyaksika­n Latihan Kuasa Tembakan 2022 ATM di Tampin, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia