Berita Harian

KJ nafi pernah terima dana politik daripada UKSB

-

Keratan akhbar BH, 14 Jun lalu.

Kuala Lumpur: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin semalam menafikan pernah menerima sebarang sumbangan dana politik atau wang daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Ahli Parlimen Rembau itu menegaskan tidak pernah menerima apa-apa sumbangan secara peribadi seperti yang dilaporkan, namun bersedia untuk memberi kerjasama jika dipanggil mana-mana pihak, termasuk Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya tidak pernah menerima apa-apa wang dalam kes berkenaan dan dalam perkara ini, jika dipanggil mana-mana pihak untuk memberi keterangan, saya bersedia beri kerjasama,” katanya selepas sesi dialog Menteri Kesihatan sempena Persidanga­n Pengarah-pengarah Hospital Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), semalam.

Sabtu lalu, SPRM memaklumka­n akan membuka kertas siasatan terhadap penama yang dikatakan menerima wang dalam perbicaraa­n kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini.

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahka­n sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit yang tersenarai dalam satu lejar seperti dikemukaka­n di mahkamah dalam perbicaraa­n berkenaan.

Ahmad Zahid mula dibicaraka­n pada 18 November 2019 terhadap 47 pertuduhan dengan 12 daripadany­a berkaitan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 tuduhan pengubahan wang haram, puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Seorang saksi sebelum ini memberitah­u Mahkamah Tinggi bahawa Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) memberi dana sebanyak RM1.3 juta kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2018.

Bekas pengurus pentadbira­n UKSB, David Tan Siong Sun, 47, berkata demikian ketika pemeriksaa­n balas oleh peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Ahmad Zahid ketika lejar syarikat itu dirujuk kepadanya semasa perbicaraa­n kes rasuah bekas timbalan perdana menteri itu berhubung projek Visa Luar Negara (VLN).

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia