Berita Harian

MPP putuskan tiada sebarang kerjasama

-

Kuala Lumpur: PKR memutuskan tiada sebarang perbincang­an atau kerjasama dengan bekas Timbalan Presidenny­a, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang kini menyertai BERSATU dan menjadi pemimpin Perikatan Nasional (PN).

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang berlangsun­g malam kelmarin.

“MPP juga memutuskan PKR tidak akan berbincang atau bekerjasam­a dengan Azmin, yang dianggap anggota, penyokong parti serta orang ramai sebagai satu daripada punca utama berlakunya pengkhiana­tan ‘Langkah Sheraton’,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

PKR pada 24 Februari 2020 memecat Azmin dan bekas Naib Presiden PKR, Datuk Zuraida Kamaruddin, susulan tindakanny­a mengkritik secara terbuka kepemimpin­an PKR serta didakwa idealisme BERSATU.

“Beliau dengan tegas dan berprinsip sudah menyatakan akan memberikan tumpuan untuk bersama kepemimpin­an BERSATU melaksanak­an dasar prihatin rakyat, mencerdask­an pemulihan dan menjamin pertumbuha­n ekonomi yang lestakenya­taan ri,” katanya dalam semalam.

Beliau berkata, Azmin dan pemimpin lain yang dipecat PKR sebelum ini tidak berminat untuk bersama parti yang mendewakan manusia rakus tanpa hala tuju jelas untuk membantu rakyat.

“Sesungguhn­ya, Azmin dan kami, pimpinan dan anggota terbabit dalam ‘Langkah Sheraton’, gerakan yang menyebabka­n kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Keputusan pemecatan ketika itu dimaklumka­n Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pada satu sidang media berlangsun­g di ibu pejabat PKR.

Menyentuh pemilihan PKR, Fahmi memaklumka­n Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP) akan mengumumka­n secara rasmi saf kepemimpin­an baharu cabang serta pimpinan utama PKR pada masa terdekat, iaitu sebaik selesai seluruh proses aduan dan audit.

“Saf kepemimpin­an baharu ini perlu bergerak pantas, sederap dan dalam satu pasukan yang kukuh bagi menghadapi musuh politik PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya.

Dalam pada itu katanya, MPP juga memutuskan Kongres Nasional parti itu akan diteruskan yang dipecat sebelum ini dari PKR oleh pemimpin diktator, tidak langsung berminat untuk bersama parti pada 16 dan 17 Julai ini, bertempat di IDEAL Convention Centre (IDCC) Shah Alam.

“Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan diteruskan pada 15 Julai ini, bertempat di IDCC Shah Alam.

“Kongres kali ini akan menumpukan kepada kesiapsiag­aan jentera parti bagi menghadapi PRU-15 serta pembubaran Parlimen yang boleh berlaku pada bila-bila masa selepas 31 Julai ini,” katanya.

 ?? ?? Setiausaha PN Selangor
Setiausaha PN Selangor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia