Berita Harian

‘Anak saya mangsa politik’

- Oleh Farah Marshita Abdul Patah

Kes pecah amanah, pengubahan wang haram

Ibu Syed Saddiq maklum mahkamah diminta SPRM supaya nasihat anak untuk sokong kerajaan farahmarsh­ita@bh.com.my

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi, di sini semalam diberitahu pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta ibu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menasihatk­an anaknya untuk menyokong kerajaan ketika itu supaya beliau dan suaminya tidak disoal siasat.

Perkara itu dimaklumka­n Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz pada perbicaraa­n hari pertama kes anaknya yang berdepan empat pertuduhan berkaitan pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Terdahulu, Shariffah Mahani dan suaminya Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff hadir ke mahkamah bagi memberi keterangan selaku saksi kedua dan ketiga pendakwaan.

Shariffah Mahani dalam keterangan­nya berkata, beliau dan suami ada hadir ke pejabat SPRM pada 2020 untuk disoal siasat dan bagi merakam kenyataan.

Ketika ditanya peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Syed Saddiq, berhubung soalan yang ditanya oleh SPRM, Shariffah Mahani menjawab: “macam-macam terutama dari segi kewangan, pekerjaan.”

Ketika hadir ke pejabat SPRM untuk di soal siasat, adakah pada bila-bila masa diberitahu mengenai kerajaan?

Secara jujur, dia tidak ada beritahu apaapa mengenai kerajaan, tetapi apa yang saya tak dapat lupakan. mungkin mereka cakap itu dalam bentuk gurauan, tetapi bagi hati seorang ibu, tersentak juga bila ada pegawai yang beritahu saya, “kan lebih bagus kalau nasihatkan anak supaya ikuti kerajaan yang ada supaya puan dan suami tidak akan disoal siasat lagi”.

“Itu yang saya tidak boleh lupa,” katanya.

Kes 1MDB

Syed Saddiq (dua dari kiri) hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam fikiran Puan Shariffah, apakah maksud ayat itu?

Bagi seorang ibu yang menyayangi dan tahu pengorbana­n anaknya bukan senang, saya anggap anak saya menjadi mangsa politik.

“Kerana apabila anak saya tidak menurut apa yang dikehendak­i. saya ingat ada dua kali pada tahun 2020, di mana bila ada sesuatu keputusan yang nak diambil dan jika anak saya tidak bersetuju, beliau akan meminta supaya kami berhati-hati.

“Dia memang risau terutama tentang saya dan suami. lepas itu pasti pihak SPRM akan panggil,” katanya.

Pegawai SPRM yang menyoal siasat meminta untuk nasihatkan Syed Saddiq supaya kembali sokong kerajaan di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dia tak sebut tentang Tan Sri Muhyiddin Yassin, dia hanya sebut pada kerajaan sekarang.

Masa itu Perdana Menteri adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin?

Betul. Terdahulu pada prosiding itu, Pegawai Penyiasat SPRM, Mohd Taufik Awaluddin, 30, dalam keterangan­nya memberitah­u mahkamah wang RM250,000 yang hilang dari kediaman Syed Saddiq adalah dana pengelolaa­n yang pernah dipohon dahulu.

 ?? (Foto Rohanis Shukri/bh) ??
(Foto Rohanis Shukri/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia