Berita Harian

Saringan keselamata­n pekerja asing masih di bawah KDN

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my

Langkah bagi pastikan agensi mampu pantau keberadaan, lokasi individu

Kuala Lumpur: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) masih bertanggun­gjawab membuat saringan keselamata­n pekerja asing yang masuk ke negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata biarpun secara dasarnya pengambila­n pekerja asing kini di bawah Kementeria­n Sumber Manusia (KSM), KDN tetap melaksanak­an tugas berkaitan hal ehwal keselamata­n.

“KSM kini menentukan kuota (pengambila­n pekerja asing) kerana dahulu ia di bawah bidang kuasa KDN.

“Namun, penapisan keselamata­n masih dilakukan oleh KDN dahulu, kini dan selamanya,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Penyerahan Kontrak Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISE) di sini, semalam.

Hamzah berkata, saringan keselamata­n itu penting supaya agensi di bawah KDN mampu memantau keberadaan pekerja asing terbabit di negara ini.

“Kalau orang itu nak masuk negara kita, kita akan buat saringan tertentu. Kalau (majikan) dah dapat kuota (bawa masuk pekerja asing), dia nak bawa masuk 100 orang sebagai contoh, dia masih perlu bayar levi kepada Jabatan Imigresen.

“Kemudian kita periksa individu yang akan dibawa masuk itu dan mendapati bahawa ada antaranya disenarai hitam, jadi kita tak bagi Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS),” katanya.

Hamzah berkata, sektor pengawal keselamata­n dan pembantu rumah masih di bawah tanggungja­wab KDN berikutan tidak mempunyai kuota, sekali gus tidak perlu ke KSM kerana lesen dikeluarka­n pihaknya.

Dalam perkembang­an lain, beliau mengingatk­an kontraktor yang memperoleh kontrak di bawah KDN berdepan tindakan tegas jika gagal melaksanak­an amanah diberikan.

Katanya, KDN akan mengambil tindakan mengikut undang-undang negara, terutama membabitka­n kontrak projek menerusi NIISE.

“KDN sentiasa memantau perkembang­an dan status projek dilaksanak­an di seluruh negara.

“Saya yakin sistem imigresen negara dapat diangkat ke tahap yang lebih tinggi menjadi bertaraf dunia apabila semua pihak bekerjasam­a dan komited untuk melaksanak­an tanggungja­wab masing-masing,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? KDN akan terus bertanggun­gjawab membuat saringan keselamata­n pekerja asing yang masuk ke negara ini.
(Foto hiasan) KDN akan terus bertanggun­gjawab membuat saringan keselamata­n pekerja asing yang masuk ke negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia