Berita Harian

Kerajaan sasar sektor pelanconga­n jana RM11.1B

-

Kuala Lumpur: Kerajaan meletak sasaran menjana pendapatan industri pelanconga­n bernilai RM11.1 bilion dengan ketibaan 4.5 juta pelancong sepanjang tahun ini menerusi pelaksanaa­n Rangka Kerja Pemulihan Pelanconga­n (TRF) 2.0.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata semakan semula sasaran itu dibuat berdasarka­n petunjuk positif kemasukan pelancong asing, membabitka­n ketibaan sejumlah 2.3 juta orang sepanjang tiga bulan lalu.

“Ini melepasi sasaran awal dua juta kedatangan hingga hujung tahun, tetapi kini belum hujung tahun, kita sudah mencapai sasaran itu.

“Mungkin hingga September kita boleh lihat lebih ramai pelancong datang, semakan akan dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media selepas sesi dialog pelanconga­n Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) dan

Majlis Pelancaran TRF 2.0 di sini, semalam.

Sebelum ini, MOTAC mensasarka­n ketibaan dua juta pelancong ke Malaysia tahun ini dengan keuntungan melebihi RM6.8 bilion, susulan pembukaan semula sempadan antarabang­sa mulai 1 April lalu.

Pada April sahaja, katanya, ketibaan pelancong antarabang­sa adalah 567,299 orang, Mei (1.03 juta) dan sehingga 17 Jun lalu, seramai 773,925 orang bagi menjadikan keseluruha­nnya 2.38 juta orang.

“Ia membabitka­n ketibaan asing dari Singapura, diikuti India serta Filipina, Thailand dan Arab Saudi.

“Baru-baru ini ketika kita berada di Paris, ramai pelancong luar tertarik dengan keunikan seni budaya dan ia mungkin menjadi tarikan mereka ke Malaysia,”

katanya pada sidang media di sini, semalam.

Untuk bulan ini sahaja, katanya, ketibaan pelancong dari India mencatat rekod 25,000 orang. TRF 2.0 ialah kesinambun­gan Pelan Pemulihan Pelanconga­n 1.0, selaras dengan Dasar Pelanconga­n Negara 2020-2030.

“Pelaksanaa­n TRF 2.0 tidak lagi tertumpu pada kelangsung­an dan pembukaan semula aktiviti pelanconga­n, tetapi kerajaan akan menumpukan kepada usaha meningkatk­an pendapatan negara, menggalakk­an kerjasama pintar antarabang­sa dan nasional.

“Ia juga langkah memperkasa­kan masyarakat setempat, mengukuhka­n daya tahan serta memastikan kemampanan industri pelanconga­n negara dalam mendepani ketidakpas­tian masa depan,” katanya.

Nancy Shukri

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia