Berita Harian

MPB bantu 706 keluarga mangsa bah Terengganu

- Oleh Zatul Iffah Zolkiply

Sumbangan Tabung Bencana NSTP-MEDIA Prima disalur zatuliffah@bh.com.my

Kuala Terengganu: Media Prima Berhad (MPB) meneruskan tradisi menyantuni golongan memerlukan dengan membantu mangsa banjir di Terengganu.

Menerusi Tabung

Bencana

NSTP-MEDIA Prima, MPB menyerahka­n sumbangan baucar tunai bernilai RM141,200 kepada 706 keluarga mangsa banjir yang terkesan di daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Kuala Nerus.

Setiap keluarga menerima sumbangan baucar tunai bernilai RM200.

Sumbangan disampaika­n Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Rafiq Razali kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu, Mazura Ngah Abd Manan, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Kumpulan MPB, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid.

Rafiq berkata, MPB sangat aktif dalam melaksanak­an projek tanggungja­wab sosial korporat (CSR) seperti membantu mereka yang dilanda bencana alam dan bantuan perubatan kepada golongan kurang berkemampu­an.

Beliau berkata, aktiviti CSR dapat dilaksanak­an dengan sokongan padu daripada orang ramai melalui sumbangan kepada Tabung Bencana NSTP-MEDIA Prima.

Sehingga hari ini, katanya, ratusan ribu rakyat Malaysia menerima manfaat daripada sumbangan orang ramai ke Tabung Bencana NSTP-MEDIA Prima.

“Bagi pihak MPB, saya mengucapka­n terima kasih kepada penyumbang yang memberi kepercayaa­n kepada kami untuk terus membantu dan menyalurka­n sumbangan kepada golongan memerlukan.

“MPB akan sentiasa beriltizam untuk terus menyumbang bakti kepada pemegang taruh yang memerlukan.

“Kami juga berharap usaha serta serahan sumbangan ini dapat meringanka­n beban mereka yang terkesan,” katanya pada Majlis Penyerahan Baucar Tunai Mangsa Banjir Kepada JKM Terengganu di Wisma Negeri di sini.

Mazura menzahirka­n rasa bersyukur dan berterima kasih atas sumbangan yang diberikan, sekali gus dapat meringanka­n beban mereka yang terjejas.

“Bagi pihak JKM, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyumbang dalam Tabung Bencana NSTP-MEDIA Prima,” katanya.

Sementara itu, petani, Ramzan Mamat, 60, dari Kampung Kemat, Hulu Terengganu bersyukur dengan sumbangan diberikan.

“Memang tidak sangka akan dapat sumbangan lagi memandangk­an kejadian banjir sudah lama berlaku.

“Saya berterima kasih kepada MPB dan penyumbang kepada tabung ini atas keprihatin­an membantu kami,” katanya.

 ?? (Foto Ghazali Kori/bh) ?? Syed Hussian (tengah) menyaksika­n penyerahan baucar tunai mangsa banjir kepada JKM Terengganu antara Rafiq dan Mazura di Wisma Negeri, Kuala Terengganu, semalam.
(Foto Ghazali Kori/bh) Syed Hussian (tengah) menyaksika­n penyerahan baucar tunai mangsa banjir kepada JKM Terengganu antara Rafiq dan Mazura di Wisma Negeri, Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia