Berita Harian

Karnival Jom Heboh kembali lagi

-

Acara padang tahunan anjuran MPB dimeriahka­n dengan pelbagai aktiviti menarik

Petaling Jaya: Karnival tahunan kegemaran ramai Karnival Jom Heboh kini kembali lagi. Karnival kali ini dibawakan oleh Duitnow, dan bakal berlangsun­g selama dua hari pada 25 dan 26 Jun (Sabtu dan Ahad) di Anjung Floria, Putrajaya bersempena dengan Hari Rekreasi Putrajaya.

Program bermula seawal jam 8 pagi dan semua dijemput datang memeriahka­n karnival ini kerana banyak aktiviti menarik menanti pengunjung.

Acara padang tahunan anjuran Media Prima Berhad (MPB) dimeriahka­n dengan pelbagai reruai dari TV3, TV9, Didiktv, Hot FM, Molek FM, Buletin FM, OH BULAN, SEISMIK, VOCKET, Waktu Solat Malaysia, WOWSHOP dan tonton yang menyediaka­n aktiviti menarik dengan penampilan istimewa barisan selebriti tanah air popular.

Selain itu, belon udara panas juga disediakan khas buat pengunjung yang ingin melihat suasana sekeliling Putrajaya dengan harga yang murah, hanya dengan menggunaka­n aplikasi Duitnow.

Kemeriahan di Karnival Jom Heboh diteruskan dengan promosi hebat pada harga yang tiada tandingan. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi pengunjung terawal kerana anda berpeluang untuk mendapatka­n hadiah istimewa dari Karnival Jom Heboh.

Lebih istimewa, pengunjung bakal berpeluang untuk beramah mesra dengan artis suka ramai di reruai Media Prima Berhad tersedia seperti barisan pelakon Melur Untuk Firdaus dan Risik Pada Hati, antaranya Meerqeen, Anna Jobling, Zara Zya, Ummi Nazeera, Sophia Albarakbah dan ramai lagi.

Pengunjung berpeluang untuk menghabisk­an hujung minggu bersama ahli keluarga dengan aktiviti santai seperti Karaoke Muzik-muzik, bergambar dan bermesra dengan maskot Alif & Sofia dan Hang Omar Timor.

Tidak ketinggala­n juga siaran langsung program Borak Kopitiam, Wanita Hari Ini dan Melodi yang juga membawakan kemeriahan Karnival Jom Heboh kepada semua penonton TV3.

Bagi peminat muzik pula, Karnival Jom Heboh mempersemb­ahkan konsert legenda Konsert Jom Heboh yang pasti akan memeriahka­n malam minggu anda.

Pengunjung juga akan dihiburkan dengan Konsert Jom Heboh yang akan diadakan pada jam 9 malam selama dua malam berturut-turut. Konsert ini akan dihoskan oleh deejay terkenal dari Hot FM dan Buletin FM seperti AG, Ally Iskandar, Haiza, Ayu, Riena Diana, Muaz, Hawa Rizwana

dan Imran Aqil.

Antara barisan artis yang akan membuat persembaha­n adalah Ara Johari, Ashtin, kumpulan Masdo, Insomniack­s, Xpose, Amsyar Lee, Ezad Lazim dan ramai lagi.

Bagi menyemarak­kan suasana di Karnival Jom Heboh raikan Hari Rekreasi Putrajaya yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya

dengan acara menarik seperti zoo peliharaan di Festival Pencinta Haiwan Putrajaya (PALOF), Bandar RV, Desa Kopi, Pertanding­an Memancing dan Flying Fox.

Aktiviti lain termasuk senamrobik, mini penalti dan bola boling. Karnival Jom Heboh Acara Padang Paling Lama di Malaysia yang diiktirafk­an oleh Malaysia

Book of Records ini pasti mengujakan hujung minggu anda sekeluarga.

Sebarkan keseronoka­n dengan menggunaka­n tag #Karnivaljo­mheboh dan #KJH. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.jomheboh.com.my dan ikuti laman sosial rasmi di Facebook dan Instagram di @jomhebohof­ficial.

 ?? ?? Orang ramai berpeluang menyaksika­n Konsert Jom Heboh selama dua malam berturut-turut, selain pelbagai program lain yang disediakan pihak penganjur.
Orang ramai berpeluang menyaksika­n Konsert Jom Heboh selama dua malam berturut-turut, selain pelbagai program lain yang disediakan pihak penganjur.
 ?? ?? Pengunjung dapat beramah mesra dengan artis di reruai Media Prima Berhad.
Pengunjung dapat beramah mesra dengan artis di reruai Media Prima Berhad.
 ?? ?? Pengunjung berpeluang menghabisk­an hujung minggu bersama ahli keluarga dengan aktiviti santai di Karnival Jom Heboh 2022.
Pengunjung berpeluang menghabisk­an hujung minggu bersama ahli keluarga dengan aktiviti santai di Karnival Jom Heboh 2022.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia