Berita Harian

Dalang pengedaran dadah ditahan

- Oleh Nor Azizah Mokhtar bhnews@bh.com.my

Pelbagai jenis bahan terlarang bernilai hampir RM122,000 dirampas

Kuala Lumpur: Polis menahan seorang lelaki disyaki aktif mendalangi kegiatan pengedaran dadah di Lembah Klang dan merampas pelbagai jenis bahan terlarang itu dianggarka­n bernilai hampir RM122,000 termasuk yang disembunyi­kan dalam peket ‘jus limau’, di Segambut, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata suspek berusia 39 tahun itu diberkas kira-kira jam 3 petang di hadapan sebuah rumah, dan 10 kerajang aluminium berisi 300 pil disyaki dadah jenis Erimin 5 dijumpai dalam poket seluarnya.

Beliau berkata, hasil soal siasat ke atas suspek membawa kepada penemuan sejumlah lagi dadah di sebuah rumah juga di Segambut membabitka­n 1,500 pil disyaki Erimin 5 dan 130 gram bahan disyaki ketamin dalam sebuah beg plastik kuning.

“Polis turut menemui lima peket plastik bertulis Lime Juice dengan setiap daripadany­a mempunyai 15 peket kecil juga bertulis Lime Juice disyaki mengandung­i bahan disyaki dadah methylened­ioxymetham­phetamine (MDMA) dengan berat keseluruha­n 1.5 kilogram, serta 20 pil disyaki ekstasi.

“Keseluruha­n dadah yang dirampas itu dianggarka­n bernilai RM121,862 dan mampu digunakan oleh 31,380 pengguna dadah,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Eng Lai memaklumka­n, hasil semakan mendapati suspek memiliki satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah, namun keputusan ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atasnya adalah negatif.

“Hasil siasatan mendapati suspek disyaki mula mengedar dadah sejak awal tahun ini. Siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenal pasti ahli sindiket

Ketua Polis Daerah Sentul

yang lain dan sumber bekalan dadah itu diperoleh.

“Suspek kini direman selama tujuh hari bermula Sabtu lalu, dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Hasil tangkapan dan rampasan itu, beliau berkata, pihaknya percaya polis berjaya menumpaska­n antara sindiket pengedaran dadah yang aktif di Lembah Klang.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia