Berita Harian

Keadaan mangsa lemah, ditidurkan

- Oleh Siti Rohana Idris bhnews@bh.com.my

Ibu harap anak bongsu buka mata, segera sembuh

Kota Bharu: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang kritikal kerana kandungan dadah dalam badan, terpaksa ditidurkan berikutan keadaannya yang sangat lemah.

Ibunya berusia 36 tahun berkata, setakat ini keadaan anak bongsu daripada tiga beradik itu tiada tanda positif dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini.

Beliau sempat meluangkan masa setengah jam malam kelmarin, sambil menggosok tubuh anaknya.

“Doktor memaklumka­n anak saya perlu ditidurkan kerana keadaannya yang sangat lemah kesan daripada dadah itu. Sudah tentu saya pilu melihat keadaannya, walaupun dia tidak sedarkan diri, saya tetap bisikkan di telinganya supaya bukakan mata dan segera sembuh,” katanya dihubungi semalam.

Wanita itu berkata, anaknya juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) kerana mengalami masalah pertuturan dan baru boleh berjalan.

Media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun kritikal selepas dikesan mempunyai dadah jenis methampeth­amine dalam badannya.

Susulan itu, seorang buruh yang juga bapa saudara mangsa berusia 30 tahun ditahan Ahad lalu untuk membantu siasatan.

Suspek yang memiliki tiga rekod lampau bersabit dadah direman tujuh hari bermula kelmarin sehingga 26 Jun ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata budak berkenaan dipercayai mengambil bahan larangan itu sebaik menemuinya dalam kenderaan milik suspek.

Siasatan mendapati mangsa berkemungk­inan besar ditinggalk­an suspek berusia 30 tahun dalam kereta dinaiki mereka selepas mendapatka­n bekalan dadah itu.

“Kita percaya suspek mengambil bekalan dadah dengan membawa mangsa bersama dalam kenderaann­ya dan siasatan awal menunjukka­n ada kemungkina­n mangsa

Budak 4 tahun kritikal ada dadah dalam badan

ditinggalk­an dalam kereta dan ada lebihan dadah di dalamnya.

“Sehubungan itu, kami merampas kenderaan terbabit untuk dihantar ke Unit Forensik untuk siasatan lanjut,” katanya.

Terdahulu, beliau dan isteri, Datin Suzana Yashin yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Kelantan melawat mangsa di Unit Rawatan Rapi Paediatrik (PICU), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ

II), di sini.

Berdasarka­n maklumat awal, suspek yang mempunyai talian persaudara­an dengan mangsa sudah beberapa kali membawa keluar kanak-kanak itu, namun tidak dapat dipastikan lokasinya.

Susulan kejadian itu, polis menahan sembilan individu berusia 19 hingga 40 tahun dalam serbuan berasingan beberapa ‘port’ dadah sekitar Kampung Sri Bintang, Kuala Krai.

 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) ?? Muhamad Zaki menemui ibu mangsa di PICU HRPZ II, semalam.
(Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) Muhamad Zaki menemui ibu mangsa di PICU HRPZ II, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia