Berita Harian

Pesara rugi RM20,000 diperdaya Macau Scam

-

Teluk Intan: Lagi mangsa ditipu Macau Scam, kali ini membabitka­n seorang pesara kerajaan yang terperdaya sehingga kehilangan wang simpanan berjumlah RM20,000.

Terdahulu, lelaki warga emas berusia 76 tahun itu dikatakan dihubungi oleh seorang individu tidak dikenali mendakwa daripada Ibu Pejabat Pos Kuala Lumpur, ketika berada di rumahnya kira-kira jam 12.30 tengah hari 14 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata mangsa dimaklumka­n ada bungkusan barangan penghantar­an ke Sabah yang mengandung­i satu kad pengenalan­nya dan lima kad mesin juruwang automatik (ATM) pelbagai bank, namun lelaki itu menafikann­ya.

Seterusnya, beliau berkata, talian mangsa disambungk­an pula kononnya ke ‘Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah’ untuk membuat laporan polis, sebelum kepada ‘pihak mahkamah’ kerana pengadu didakwa terbabit jenayah pengubahan wang haram. “Mangsa kemudian dihubungi sekali lagi oleh sindiket pada Khamis lalu, serta diminta membuat pindahan wang daripada akaunnya ke akaun bank diberikan suspek, kononnya bagi memastikan wang itu bersih daripada jenayah penggubaha­n wang haram,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Susulan itu, Ahmad Adnan berkata, mangsa yang terperdaya melakukan pindahan simpanan wang pencen sebanyak RM20,000 menerusi mesin ATM pada hari sama, kononnya bagi mengelakka­n akaun bank beliau dibekukan oleh pihak Bank Negara.

“Selepas itu, mangsa terus menghubung­i suspek, tetapi tiada jawapan. Mangsa menyedari dirinya ditipu lalu hadir ke Balai Polis Teluk Intan untuk membuat laporan, semalam (kelmarin). Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Justeru, beliau mengingatk­an orang ramai supaya jangan mudah mempercaya­i panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali, dan tidak melayan panggilan itu bagi mengelak terperdaya dengan sindiket, termasuk Macau Scam.

“Mana-mana agensi kerajaan yang berlainan, tidak akan menyambung­kan sebarang panggilan telefon ke atas orang awam kepada agensi berbeza melalui satu panggilan yang sama. Contohnya, panggilan daripada polis tidak akan disambung terus kepada pihak mahkamah dalam panggilan sama,” katanya.

 ?? ??
 ?? ?? Ahmad Adnan Basri
Ahmad Adnan Basri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia