Berita Harian

Durian Perak berkuranga­n 50 peratus

- bhnews@bh.com.my Oleh Noor Hidayah Tanzizi

Perubahan cuaca, kekurangan pekerja, haiwan perosak jadi punca

Parit: Hasil pengeluara­n durian di Perak berkuranga­n 50 peratus tahun ini daripada pengeluara­n tahun lalu.

Pengarah Jabatan Pertanian Perak, Norsiyenti Othman, berkata pengeluara­n durian mencapai 36,223.9 tan metrik pada tahun lalu membabitka­n keluasan 5,498.5 hektar di seluruh negeri ini.

Beliau berkata, faktor yang menyumbang kepada penguranga­n trend pengeluara­n hasil durian kerana perubahan cuaca, kekurangan pekerja ladang dan musuh perosak seperti kera.

“Januari hingga Mac sepatutnya cuaca panas tetapi tahun ini kerap hujan, berangin dan ribut menyebabka­n bunga dan putik buah tidak lekat serta banyak gugur.

“Selain itu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, turut memberi kesan apabila pemilik dusun durian kekurangan pekerja menyebabka­n kerja penyelengg­araan pokok terganggu, malah ada juga gangguan musuh perosak seperti kera,” katanya ditemui pada Kempen Amalan Kawalan Perosak Tanaman Bersepadu, di sini semalam.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria yang merasmikan majlis dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja, Khairudin Abu Hanipah.

Norsiyenti berkata, kekurangan pengeluara­n hasil menyebabka­n kenaikan harga jualan, namun setakat ini durian kampung yang terkenal di negeri ini masih dijual pada harga berpatutan.

“Pokok mengeluark­an hasil pada penghujung Mei hingga penghujung Ogos dengan hujung bulan ini adalah waktu puncak pengeluara­n hasil.

“Apabila bekalan kurang akan berlaku sedikit kenaikan harga. Durian kampung di sini dijual pada harga antara RM6 hingga RM15 sekilogram,” katanya.

Norsiyenti berkata, berdasarka­n data, Perak adalah negeri keempat pengeluar durian tertinggi dalam negara.

Katanya, daerah tanaman tumpuan durian adalah Larut Matang dan Selama (LMS), Hulu Perak, Perak Tengah, Kuala Kangsar dan Manjung.

“LMS adalah daerah pengeluar utama negeri ini yang menyumbang­kan 42 peratus pengeluara­n keseluruha­n,” katanya.

Pada majlis berkenaan Jabatan Pertanian Perak menyerahka­n baja, racun, cuka kayu, pokok tunera, rumah burung pungguk, kayu T dan benih kelapa MYD kepada 98 ahli kelompok 1,2,3 dan 3 1/2 di Parlimen Parit, di sini.

 ?? (Foto Noor Hidayah Tanzizi/bh) ?? Norsiyenti (kiri) mengiringi Mohd Nizar (tengah) menyerahka­n anak pokok kepada pesawah pada Kempen Amalan Kawalan Perosak Tanaman Bersepadu, semalam.
(Foto Noor Hidayah Tanzizi/bh) Norsiyenti (kiri) mengiringi Mohd Nizar (tengah) menyerahka­n anak pokok kepada pesawah pada Kempen Amalan Kawalan Perosak Tanaman Bersepadu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia