Berita Harian

Kedah umum langkah elak aktiviti maksiat

-

Baling: Kerajaan negeri bakal umumkan beberapa langkah baharu mengekang aktiviti maksiat yang membawa mudarat selepas bertindak tidak memperbaha­rui lesen premis judi pada 14 November tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata usaha itu penting bagi memastikan Kedah menjadi negeri selamat selaras slogan ‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’ yang diterapkan kerajaan negeri ketika ini.

“Kerajaan negeri akan memperkena­lkan langkah baharu membasmi aktiviti maksiat, kita akan umum dari semasa ke semasa.

“Hujung tahun lalu, kita umum semua premis judi akan tamatkan operasi selepas kita tidak perbaharui lesen, jadi akan ada langkah lain pula selepas ini,” katanya ketika ditemui selepas menyampaik­an Anugerah Jejak Murabbi Ummah Kedah, di sini semalam.

Ditanya sama ada terdapat pemilik premis judi buat rayuan bagi memperbaha­rui lesen, beliau memaklumka­n, setakat ini tiada pihak berbuat demikian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia