Berita Harian

Malaysia kena bersedia hadapi kegawatan ekonomi AS

-

Ekonomi negara pasaran baru muncul seperti Malaysia yang bergantung kepada eksport kini perlu bersedia berdepan risiko mengenai kemungkina­n tercetusny­a kemeleseta­n ekonomi Amerika Syarikat (AS) susulan langkah menaikkan kadar faedah secara agresif bagi membendung inflasi, kata ahli ekonomi.

Pada minggu lalu, bank pusat AS, Rizab Persekutua­n (Fed) menaikkan kadar dasar utamanya sebanyak 75 mata asas, kenaikan terbesar sejak 1994 dalam usaha membendung inflasi tinggi yang menyaksika­n indeks harga pengguna Mei negara itu melonjak 8.6 peratus tahun ke tahun.

Kenaikan besar-besaran itu dibuat selepas Fed berdepan tekanan dalam mengekang kenaikan harga bahan api dan makanan yang menyebabka­n berjuta-juta rakyat AS bergelut untuk memenuhi keperluan hidup dan sokongan terhadap Presiden AS, Joe Biden menurun.

Penganalis­is Ekonomi Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin, berkata langkah dilaksanak­an Fed itu memberi risiko ekonomi AS dan juga ekonomi global untuk berdepan sekali lagi dengan krisis ekonomi ada, walaupun risikonya masih rendah.

Beliau berkata, jika ini berlaku, ia akan meningkatk­an risiko ekonomi Malaysia untuk berdepan cabaran kemeleseta­n ekonomi juga.

Katanya, situasi ekonomi yang dipanggil stagflasi pula mungkin akan berlaku pada penghujung tahun ini di AS.

“Ini memberi maksud pertumbuha­n ekonomi masih lagi perla-han, inflasi masih lagi wujud dan kadar penganggur­an masih lagi kekal tinggi.

“Keadaan kemungkina­n berlakunya stagflasi di AS ini juga bergantung kepada apakah tindakan seterusnya bank pusat AS dan juga bank pusat negara maju yang lain dan juga tindak balas Bank Pusat Eropah (ECB) selepas ini,” katanya.

Irwan Shah berkata, pasaran ketika ini ingin mengetahui apakah bentuk alat monetari yang akan diperkenal­kan oleh ECB untuk mengatasi isu apa yang dipanggil sebagai fragmentat­ion risks di kawasan Eropah.

Beliau berkata, namun, pada ketika ini, secara keseluruha­n, risiko kemeleseta­n dan stagflasi di AS dan juga kepada ekonomi dunia masih lagi rendah.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini menyatakan Malaysia kini memantau perkembang­an lanjut perkara itu serta kesannya pada peringkat global.

Malaysia katanya, adalah negara kecil, tetapi terbuka bergantung kepada pertumbuha­n ekonomi dunia dan jangkaanny­a ialah dengan kenaikan kadar faedah ini, ekonomi AS masih lagi mengembang, tetapi pada kadar perlahan.

Katanya, apa yang kerajaan lakukan setakat ini, kadar faedah negara masih rendah, tetapi bergantung kepada peringkat global, justeru, Malaysia perlu ada intervensi dari segi dasar kewangan dan fiskal yang berpatutan bagi melindungi rakyat daripada kesan inflasi tinggi.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia