Berita Harian

Bilik pameran kereta dijangka ‘diserbu’ pembeli

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Orang ramai ambil peluang insentif pengecuali­an cukai jualan zaky@bh.com.my

Bilik pameran kereta baharu dan terpakai dijangka menerima kunjungan pengguna yang ramai dalam tempoh 10 hari selepas rakyat Malaysia dijangka membuat ‘tempahan saat akhir’ dalam memanfaatk­an peluang menikmati insentif pengecuali­an cukai jualan bagi tempahan sehingga 30 Jun ini.

Presiden Persekutua­n Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia (FMCCAM), Datuk Tony Khor Chong Boon, berkata situasi itu dijangka dihadapi semua bilik pameran di seluruh negara memandangk­an pastinya ramai yang berhasrat memiliki kereta penumpang pada harga lebih rendah.

“Pengumuman kerajaan ini akan membantu memulihkan sektor automotif tempatan, tidak kira untuk kereta baharu atau terpakai. Pastinya, sepanjang 10 hari terakhir ini, semua bilik pameran akan dipenuhi pengunjung untuk membeli kereta,” katanya kepada BH.

Peserta industri berkata, bakal pembeli hanya perlu membuat bayaran untuk tempahan kenderaan bagi melayakkan mereka memanfaatk­an insentif pengecuali­an cukai jualan bagi kenderaan yang didaftarka­n sehingga 31 Mac 2023.

Sementara itu, Chong Boon berkata, FMCCAM bersama lima lagi persatuan iaitu Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), Persatuan Pengedar Honda Malaysia (HDAM), Majlis Pengedar Toyota Malaysia, Persatuan Pengedar Proton Edar (PEDA) dan Persatuan Pengedar Perodua mengharapk­an lanjutan pengecuali­an cukai terpakai untuk tempahan sehingga 31 Mac 2023.

“Kerajaan perlu mengambil kira permasalah­an yang dihadapi oleh pengeluar/pengedar dan pelanggan. Pastinya wujud isu salah tempah kerana terlalu tergesa-gesa untuk mengejar tarikh akhir tempahan. Jadi adalah lebih baik ia dilanjut terus (tempahan dan pendaftara­n) sehingga 31 Mac 2023,” katanya.

Terdahulu, menerusi surat kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bertarikh 31 Mei lalu, enam persatuan terbabit mengemukak­an permintaan untuk kerajaan melanjutka­n tempoh pengecuali­an cukai sehingga 30 Jun 2023.

Bagaimanap­un, kelmarin, Tengku Zafrul mengumumka­n

Presiden FMCCAM tarikh akhir pengecuali­an cukai jualan kenderaan penumpang kekal pada 30 Jun 2022, namun tempoh pendaftara­n kenderaan bagi menikmati insentif pengecuali­an cukai itu dilanjutka­n sehingga 31 Mac 2023.

Inisiatif pengecuali­an cukai jualan ke atas kenderaan penumpang termasuk kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan utiliti sukan (SUV) bagi model pemasangan tempatan (CKD) dan import sepenuhnya (CBU) diperkenal­kan oleh kerajaan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun 2020, berkuat kuasa mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020.

Ia merangkumi pengecuali­an cukai jualan 100 peratus bagi model CKD dan 50 peratus bagi model CBU.

Pada 29 Disember 2020, kerajaan mengumumka­n lanjutan pengecuali­an cukai terbabit untuk tempoh enam bulan sehingga 30 Jun 2021.

Pada 31 Mei 2021, kerajaan sekali lagi bersetuju melanjutka­n pengecuali­an cukai sama sehingga 31 Disember 2021.

Bagaimanap­un, sebelum tempoh insentif itu berakhir, Tengku Zafrul mengumumka­n kerajaan memutuskan melanjutka­n pengecuali­an cukai sehingga 30 Jun ini untuk mengurangk­an kos pemilikan kenderaan, selain meringanka­n beban rakyat. Sejak 15 Jun 2020, sebanyak 868,422 unit kenderaan terjual dan rakyat mendapat manfaat pengecuali­an cukai jualan berjumlah RM4.7 bilion.

Sementara itu, Penganalis­is TA Securities, Angeline Chin menjangkak­an jumlah tempahan kereta penumpang baharu dan terpakai dijangka melonjak pada Jun berikutan pengumuman kerajaan melanjutka­n insentif pengecuali­an cukai bagi kenderaan yang ditempah sehingga akhir bulan ini.

Katanya, bukan setakat tempahan, jumlah keseluruha­n industri (TIV) juga diramalkan melonjak ketara bulan ini, selepas ramai dijangka menyerbu bilik pameran untuk ‘beli-belah saat akhir’.

“Ramai yang mungkin menyerbu bilik pameran untuk tempoh 10 hari terakhir sebelum tempoh tempahan untuk melayakkan mendapat manfaat pengecuali­an cukai jualan berakhir.

“Berikutan lonjakan tempahan saat akhir ini, kami menjangkak­an pengeluar kenderaan akan berdepan jumlah tunggakan tempahan yang besar dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Pastinya, untuk memenuhi tempahan ini akan menjadi keutamaan bagi mereka,” katanya dalam nota penyelidik­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia