Berita Harian

IPO Ecoscience raih modal RM24.7 juta

-

Penyedia perkhidmat­an pengilanga­n minyak sawit bersepadu, Ecoscience Internatio­nal Bhd (Ecoscience) yang akan disenaraik­an di Pasaran ACE Bursa Malaysia, dijangka meraih dana RM24.7 juta menerusi tawaran awal permulaan (IPO).

Pengarah Urusannya, Wong Choi Ong, berkata daripada jumlah yang bakal diraih itu, Ecoscience merancang untuk menggunaka­n RM5 juta untuk mewujudkan kemudahan fabrikasi baharu dan pejabat di Balikpapan, Kalimantan, Indonesia.

Katanya, sejumlah RM1 juta akan diperuntuk­kan untuk mengembang­kan perniagaan cekap tenaga dan mesra alam, manakala RM7.9 juta lagi diperuntuk­kan untuk modal kerja.

“Ecoscience turut memperuntu­kkan RM7 juta dan RM3.8 juta lagi, masing-masing untuk membayar balik pinjaman bank dan perbelanja­an penyenarai­an,” katanya pada sidang media selepas pelancaran prospektus Ecoscience secara maya semalam.

IPO Ecoscience membabitka­n sebanyak 112.2 juta terbitan/tawaran saham merangkumi 33 peratus daripada modal saham yang diperbesar­kan terdiri daripada terbitan awam sebanyak 82.2 juta saham baharu dan tawaran untuk penjualan 30 juta saham sedia ada dikenali sebagai saham IPO.

Ia merangkumi 17 juta saham IPO untuk rakyat Malaysia; 6.8 juta saham IPO untuk pengarah, pekerja dan individu layak yang menyumbang kepada kejayaan Ecoscience; 42.5 juta saham IPO menerusi penempatan persendiri­an kepada pelabur Bumiputera yang dikenal pasti yang diluluskan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI); serta 45.9 juta saham IPO melalui penempatan persendiri­an kepada pelabur terpilih.

Pada harga terbitan 30 sen sesaham dan modal saham yang diperbesar­kan sebanyak 340 juta saham selepas penyenarai­an, Ecoscience dijangka memiliki permodalan pasaran sebanyak RM102 juta.

Selaras dengan pelancaran prospektus Ecoscience, permohonan untuk Terbitan Awam dibuka hari ini dan akan ditutup pada 1 Julai 2022 jam 5 petang.

Ecoscience dijadualka­n disenaraik­an di Pasaran ACE Bursa Securities pada 18 Julai ini.

Hong Leong Investment Bank Bhd ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin dan Ejen Penempatan untuk pelaksanaa­n IPO Ecoscience.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia