Berita Harian

PROTON ambil kira tempahan sedia ada

-

Proton Holdings Bhd (PROTON) akan mengambil kira jumlah tempahan sedia ada dan diterima sebelum 30 Jun bagi memastikan ia berupaya mendaftar dan menyerahka­n semua model termasuk produk terlarisny­a, Proton X50 dapat dibuat sebelum 1 April 2023.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Roslan Abdullah, berkata bagi mengelakka­n sebarang isu, PROTON tidak akan menerima tempahan sekiranya model tertentu sudah mencapai keupayaan pengeluara­n sehingga 31 Mac 2023.

“Langkah itu dilaksanak­an pengeluar kereta nasional bagi membolehka­n pelanggann­ya menerima model yang dimahukan, seterusnya menikmati insentif pengecuali­an cukai jualan,” katanya kepada BH.

Roslan berkata, secara umumnya tempoh menunggu bagi model Proton adalah kira-kira dua bulan bagi model Proton X70, Persona, Iriz, Exora dan Saga tertakluk kepada pilihan warna dan varian.

“Bagi Proton X50 pula, ia akan mengambil masa lebih kurang enam bulan dan juga tertakluk kepada pilihan warna dan varian,” katanya.

Mengulas mengenai kelayakan pembeli untuk mendapat manfaat pengecuali­an cukai, beliau menjelaska­n, bakal pelanggan boleh membuat tempahan iaitu wang yang dibayar sebagai deposit di pusat jualan yang dilantik atau cawangan PROTON.

“Bagi syarikat menjual kenderaan, pelanggan yang telah membayar yuran tempahan akan terus layak untuk memasuki 'queue' bagi membeli kereta baharu. Bagaimanap­un, transaksi membeli kereta adalah tertakluk kepada terma dan syarat, terutama sekali kelulusan pinjaman bank dan oleh itu, bukan semua tempahan bakal menjadi jualan.

“Bagi Proton, yuran tempahan untuk setiap model adalah antara RM500 hingga RM1,000.

“Justeru, bagi pembeli yang ingin menikmati insentif pengecuali­an cukai, tempahan perlu dibuat sebelum 1 Julai 2022, manakala pendaftara­n kenderaan perlulah dilakukan sebelum 1 April 2023,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia