Berita Harian

Produktivi­ti Malaysia meningkat tahun lalu

-

Pertumbuha­n produktivi­ti Malaysia meningkat semula kepada 1.8 peratus atau RM90,697 seorang pada 2021 daripada -5.3 peratus atau RM89,106 seorang pada 2020, kata Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Lim Ban Hong.

Beliau berkata, 2021 menunjukka­n kebangkita­n yang luar biasa daripada impak kelembapan ekonomi yang dialami daripada kesan pandemik, walaupun negara masih belum kembali kepada prestasi produktivi­ti sebelum pandemik melanda.

“Pertumbuha­n keseluruha­n subsektor di bawah sembilan Nexus Sektor Produktivi­ti melantun kepada purata 3.3 peratus pada 2021 daripada -5.1 peratus pada 2020.

“Semua subsektor mencatat pertumbuha­n positif kecuali sektor runcit dan makanan & minuman, pelanconga­n dan perkhidmat­an profesiona­l.

“Subsektor elektrik dan elektronik (E&E) mencatatka­n pertumbuha­n produktivi­ti tahunan tertinggi sebanyak 12 peratus, didorong oleh peningkata­n dalam permintaan global untuk komponen E&E,” katanya.

Ban Hong berkata, demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Laporan Produktivi­ti 2022 dan Laporan Produktivi­ti Subsektor bersempena Persidanga­n Produktivi­ti Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) bertemakan ‘Memacu Produktivi­ti Negara’ di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau seterusnya memaklumka­n bahawa subsektor kimia dan produk kimia serta mesin dan peralatan mencatatka­n peningkata­n besar dalam pertumbuha­n produktivi­ti, masing-masing 10.3 peratus dan 9.0 peratus.

“Ini adalah faktor pemacu untuk kita meningkatk­an produktivi­ti negara, menyasarka­n pertumbuha­n pada purata 3.6 peratus setiap tahun, dari 2021 hingga 2025 seperti dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Ke12 (RMK-12),” katanya.

Lim Ban Hong

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia