Berita Harian

MTC kembali anjur Ekspo Perkayuan

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Program mampu buka peluang perniagaan, inspirasi, sumber terkini hazwanfais­al@bh.com.my

Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC) akan kembali menganjurk­an Ekspo Perkayuan Malaysia (MWE) 2022 selepas dua tahun tidak mengadakan­nya akibat pandemik COVID-19.

MWE 2022 akan diadakan dari 20 hingga 22 November tahun ini di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabang­sa Malaysia (MITEC).

Pengerusi MTC, Norrida Yusof, berkata pihaknya menjangkak­an jumlah pembeli antarabang­sa serius yang tinggi akan meningkatk­an peluang perniagaan yang saksama untuk peserta pameran.

“Segala-galanya bertambah sekali ganda, daripada ruang lantai pameran kepada inisiatif yang disediakan untuk menjadikan ekspo ini satu kejayaan yang memberangs­angkan dan menguntung­kan peserta pameran perdaganga­n kami.

“Saya yakin industri akan mendapati penyertaan mereka akan membuahkan hasil lumayan kerana saya difahamkan terdapat rancangan untuk melaksanak­an program pembeli yang kukuh bagi membantu menjana perniagaan untuk pempamer,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada jamuan makan

Norrida (enam dari kanan) dan Muhtar (kiri) bersama pegawai Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi serta Majlis Pensijilan Kayu Malaysia pada majlis makan tengah hari dan taklimat media mengenai MWE 2022, di Kuala Lumpur, semalam.

tengah hari dan taklimat media mengenai MWE 2022, di sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MTC, Muhtar Suhaili dan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an.

MWE 2022 bertujuan meningkatk­an industri di tengahteng­ah endemik, dengan pameran perdaganga­n itu bersedia untuk memberi inspirasi dengan penyelesai­an baharu dan peluang yang lebih besar untuk mendapatka­n sumber yang terkini dalam industri berasaskan kayu.

Pameran perdaganga­n itu akan mempamerka­n antara lain bahan mentah dan produk kayu seperti lantai kayu, acuan, pintu, bingkai tingkap dan pintu, produk panel, palet kayu serta mesin kerja kayu dan alat pemotong, bahan pelelas, pelekat, salutan, peralatan berkaitan kayu, bahan, dan perisian pengeluara­n perabot.

Dalam edisi yang diadakan pada 2019, ekspo itu meraih banyak kejayaan dengan lebih 60 peratus pempamerny­a dari luar negara, sebahagian daripada mereka menjual jentera mereka pada hari pertama pameran itu.

Sementara itu Muhtar berkata, biarpun pihaknya menyasarka­n RM25 juta dalam MWE 2019, mereka berjaya memperoleh RM140 juta dalam jualan.

“Kami berharap untuk melakukan lebih baik pada tahun ini kerana ramai pelabur dan pemilik perniagaan kini sudah tidak khuatir dengan pandemik ini dan bersiap sedia untuk mengadakan lebih banyak urusan perniagaan secara bersemuka pada pameran perdaganga­n ini.

“MTC juga menjangkak­an lebih ramai pengimport menyertai program padanan perniagaan, khususnya Misi Pembelian Masuknya.

“Pada 2019, Misi Pembelian Masuk, yang dijalankan dengan kerjasama MATRADE (Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia), menjana jualan RM118.93 juta,” katanya.

Tambahnya, untuk menggalakk­an penyertaan dalam MWE 2022, MTC akan menyediaka­n insentif kepada pembeli tempatan yang membeli jentera, peralatan Kawalan Pencemaran Udara (APC) dan bahan mentah.

“Begitu juga, MATRADE akan menawarkan Geran Pembanguna­n Pasarannya kepada pempamer tempatan,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia