Berita Harian

Prestasi barangan bukan keperluan dijangka pulih

-

Prestasi syarikat pengeluar barangan bukan keperluan utama pengguna yang terbabit dalam bidang peruncitan dijangka mencatat pemulihan baik pada tahun ini.

Ketua Penyelidik­an Ekuiti Serantau RHB Investment Bank, Alexander Chia, berkata ia berikutan struktur kos yang lebih rendah selepas dua tahun menjalanka­n kawalan kos ketat serta pengoptimu­man kecekapan.

Di samping itu katanya, keluaran daripada sesetengah syarikat produk perindustr­ian juga terkesan oleh sekatan pergerakan dan sekatan kapasiti tahun lalu.

“Kami dapat jangkakan syarikat ini akan mencatatka­n pertumbuha­n keluaran dan jualan pada tahun ini,” katanya kepada BH melalui temu bual secara e-mel baru-baru ini.

Mengulas mengenai pelancaran buku RHB Small Cap Jewels 2022 pada bulan lalu, Alexander berkata, ia mengandung­i 20 idea baharu yang tiada di bawah liputan kajian mereka, satu pencapaian mengagumka­n yang ingin digarap pihaknya sejak beberapa tahun sebelum ini.

“Pemilihan saham ini melalui proses pemilihan yang ketat daripada penilaian kuantitati­f kepada penilaian kualitatif dan juga penyaringa­n tadbir urus korporat.

“Pada setiap tahun, kami akan mempunyai gabungan industri yang berlainan memandangk­an kami akan menilai keadaan pasaran semasa dan mengenal pasti minat pelabur sebelum menyenarai pendek idea kami,” katanya.

Tambahnya, kebanyakan syarikat yang tersenarai di dalam buku itu tidak terjejas secara langsung oleh krisis perang Russia-ukraine.

“Bagi syarikat yang terjejas akibat gangguan rantaian bekalan, kami melihat isu ini sebagai isu yang sementara dengan ratarata syarikat berkenaan mempunyai bekalan daripada pelbagai sumber bagi mengurangk­an risiko berkenaan.

“Selain itu, pemangkin kenaikan harga saham mungkin berbeza dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, tahun ini anda akan mendapati syarikat daripada sektor logistik dan perladanga­n yang tidak tersenarai dalam buku edisi tahun lalu,” katanya.

Snowfit Group Bhd, penyedia peralatan urut dan kesejahter­aan serta alat muzik dan aksesori, mula disenaraik­an di Pasaran LEAP Bursa Malaysia Securities Bhd pada Selasa dengan mencatatka­n premium empat sen apabila dibuka pada 16 sen sesaham, berbanding harga rujukan 12 sen.

Kira-kira 30,000 saham didagangka­n semasa pembukaan.

Bagi Bursa Malaysia, penyenarai­an itu adalah yang ke-14, sementara yang kedua untuk Pasaran LEAP setakat ini bagi 2022.

Sebelum penyenarai­an syarikat itu, 29 pelabur termasuk pemegang saham utama, pengarah dan kakitangan pengurusan utama melanggan 21.1 juta saham baharu Snowfit, yang mewakili 10 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesar­kan pada harga langganan 12 sen sesaham.

Pengasas dan Pengarah Urusan Snowfit, Low Cheng Yong, berkata syarikat mengumpul hasil kasar sebanyak RM2.53 juta, dengan 15.8 peratus atau RM400,000 diperuntuk­kan bagi penubuhan cawangan di Perak dan Pulau Pinang, yang masing-masing dijadualka­n beroperasi pada suku ketiga dan keempat 2022.

Beliau berkata, 44.7 peratus lagi atau RM1.132 juta akan digunakan sebagai modal kerja, manakala bakinya untuk perbelanja­an penyenarai­an.

Penyenarai­an itu akan membolehka­n syarikat terus mengukuhka­n kehadiran dalam pasaran domestik dengan memanfaatk­an pertumbuha­n industri peralatan urut dan kesejahter­aan yang dijangkaka­n di Malaysia, katanya.

“Kami melihat pasaran cerah untuk industri ini memandangk­an bahagian pasaran kerusi urut bagi isi rumah adalah rendah.

“Kami menyasar untuk terus berkembang ke seluruh Malaysia pada tahun-tahun akan datang dan berharap dapat disenaraik­an di Pasaran ACE dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyenarai­an itu di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, industri itu berkembang pada kadar pertumbuha­n tahunan terkumpul (CAGR) 23.4 peratus daripada RM90.4 juta pada 2016 kepada RM209.6 juta pada 2020.

Ia diunjurkan berkembang pada CAGR 19.5 peratus bagi 2021 hingga 2023 daripada RM242.1 juta kepada RM345.6 juta, katanya.

Mengenai kelebihan saingannya, beliau berkata, kehadiran syarikat dalam pasaran bukan untuk bersaing, tetapi untuk saling melengkapi dan menghormat­i antara satu sama lain.

“Sebagai syarikat baharu, dengan anak muda yang menguruska­n syarikat, kami percaya kebahagiaa­n akan mendorong produktivi­ti dan berharap kita semua dapat berkembang bersama-sama untuk memberikan perkhidmat­an dan produk kesihatan dan kesejahter­aan yang lebih baik di Malaysia,” katanya.

Produk syarikat itu termasuk rangkaian luas kerusi urut dan peralatan kesejahter­aan berkualiti tinggi yang dijual secara runcit melalui pelbagai saluran dalam talian dan luar talian termasuk platform e-dagang dan dua bilik pameran merangkap gudang di Balakong, Selangor dan Johor Bahru, Johor.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia