Berita Harian

Parti gabungan Israel bubar Parlimen minggu depan

-

Baitulmaqd­is: Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett, semalam berkata gabungan pentadbira­nnya akan membubarka­n Parlimen minggu depan.

Pengumuman mengejutka­n itu akan memberi kuasa kepada Menteri Luar, Yair Lapid, dalam masa beberapa hari lagi dan memaksa pilihan raya baharu diadakan.

Bennett dan Lapid menjalin pakatan berbeza dari segi ideologi setahun yang lalu, membabitka­n gabungan lapan parti yang bersatu dengan matlamat menamatkan pemerintah­an bekas perdana menteri, Benjamin Netanyahu.

Gabungan parti yang menyokong perang, sayap kiri dan buat pertama kali dalam sejarah Israel, Islam Arab membawa Israel keluar daripada era kekacauan politik buat sementara waktu, yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Bagaimanap­un, selepas beberapa siri pembelotan yang meletakkan gabungan itu di ambang kehancuran, Bennett berkata, beliau akan menyokong rang undang-undang (RUU) untuk membubarka­n Parlimen minggu depan.

Ini akan membawa kepada pilihan raya kelima dalam tempoh kurang empat tahun tanpa sebarang jaminan pentadbira­n baharu yang berdaya maju.

Bennett berkata, Lapid, dengan pegangan politik haluan sederhana, akan mengambil alih kuasa sebagai perdana menteri kerajaan sementara, sejajar dengan perjanjian perkongsia­n kuasa tahun lalu.

“Kami membuat keputusan yang tepat untuk Israel,” katanya.

Tindakan itu bermakna, Lapid kini bersedia untuk menjadi tuan rumah kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, yang dijangka melawat Israel bulan depan.

Lapid mengucapka­n terima kasih kepada Bennett kerana ‘mengutamak­an negara berbanding kepentinga­n peribadiny­a’, namun berkata, ketidakupa­yaan gabungan itu untuk bertahan menunjukka­n Israel ‘memerlukan perubahan serius’.

Dua penggubal undang-undang Arab dalam gabungan terbabit pada awal bulan ini enggan bersetuju bagi memperbaha­rui langkah bagi memastikan penduduk Yahudi di Tebing Barat berada di bawah undang-undang Israel.

Ini menyebabka­n gabungan yang hanya mengawal 60 daripada 120 kerusi di Knesset atau Parlimen Israel itu kehilangan sokongan majoriti. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia