Berita Harian

Singapura kaji vaksinasi budak bawah 5 tahun

-

Penularan COVID-19

Singapura: Kementeria­n Kesihatan (MOH) dan Jawatankua­sa Pakar mengenai Vaksinasi COVID-19 kini sedang mengkaji keberkesan­an dan keselamata­n dua jenis vaksin COVID-19 bagi kanakkanak kecil.

MOH dalam satu kenyataan, berkata, pihaknya dan jawatankua­sa itu sedang mengkaji sama ada vaksin Moderna berkesan dan selamat bagi bayi berusia enam bulan hingga lima tahun.

Bagi vaksin Pfizer-biontech pula, mereka sedang mengkaji keberkesan­an dan keselamata­nnya bagi kanak-kanak berusia enam bulan hingga empat tahun.

“Kami berhubunga­n dengan syarikat pengeluar vaksin berkenaan untuk mendapatka­n maklumat berkaitan bagi mempermuda­hkan penilaian risiko-manfaat penggunaan vaksin dalam kumpulan usia ini,” katanya.

Kenyataan MOH itu menyusuli laporan bahawa pegawai rasmi kesihatan Amerika Syarikat (AS) sudah meluluskan vaksin COVID-19 bagi bayi dan kanak-kanak kecil - kumpulan usia terakhir yang belum layak bagi vaksinasi.

Jawatankua­sa Penasihat mengenai Amalan Imunisasi Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS mengundi 12-0 pada Sabtu lalu untuk menyaranka­n vaksin

Pfizer tiga dos untuk kanak-kanak berusia enam bulan hingga empat tahun.

Mereka juga mengundi 12-0 untuk menyaranka­n vaksin Moderna dua dos bagi kanak-kanak berusia enam bulan hingga lima tahun.

Sementara itu, kira-kira 80,000 warga emas berusia 60 tahun ke atas belum mengambil suntikan penggalak, ketika republik itu menjangkak­an kemunculan gelombang baharu varian Omicroni.

Justeru, Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung, menerusi Tiktok, menggesa golongan berkenaan segera mengambil penggalak.

Tambah beliau, Singapura menjangkak­an gelombang jangkitan coronaviru­s seterusnya dalam tempoh satu hingga dua bulan akan datang.

“Kemungkina­n warga emas yang mengambil suntikan penggalak

Ong Ye Kung dijangkiti COVID-19 menghadapi sakit teruk atau meninggal dunia adalah tiga kali lebih kecil berbanding mereka dalam kohort sama yang hanya mengambil dua suntikan.

“Warga emas dengan menerima tiga suntikan mempunyai peluang tiga dalam 1,000 untuk hasil negatif ini, manakala mereka yang mengambil dua suntikan mempunyai peluang 10 dalam 1,000 untuk ia berlaku.

“Mereka yang kekal tidak divaksin pula berada pada risiko tertinggi, dengan 40 dalam 1,000 kemungkina­n kematian atau penyakit kritikal yang memerlukan rawatan rapi,” katanya. Pihak berkuasa sudah beberapa kali memberi amaran mengenai kemungkina­n wabak lain yang akan muncul, memandangk­an antibodi COVID-19 dalam individu mula berkuranga­n.

Ye Kung berkata, apabila vaksin COVID-19 mula-mula dikembangk­an, ia direka untuk menentang virus ‘jenis liar’.

Kini, selepas coronaviru­s berkembang menjadi strain Delta dan Omicron, tiga dos vaksin diperlukan untuk perlindung­an yang berkesan, iaitu siri utama dan suntikan penggalak. AGENSI

Washington: Gelombang haba melampau di sebahagian besar kawasan tengah Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu akan mula bergerak ke arah timur dengan suhu yang sangat tinggi, kata pengkaji cuaca semalam.

Perkhidmat­an Cuaca Kebangsaan menasihatk­an rakyat AS supaya bersedia menghadapi hari panas yang jauh melangkaui kebiasaan, hampir mencecah rekod atau memecahkan rekod suhu dari tengah Plains ke Upper Midwest.

Cuaca panas terik mula bergerak ke arah timur semalam ke kawasan Great Lakes dengan paras tertinggi, iaitu sekitar pertengaha­n 30 darjah Celsius, jauh melebihi paras biasa.

Ini berpunca daripada apa yang digelar pengkaji cuaca sebagai kubah tekanan tinggi, dengan cuaca buruk seperti ribut petir, banjir kilat dan hujan lebat di sekitarnya.

Taman Negara Yellowston­e, yang tertua di AS, ditutup minggu lalu kerana kerosakan akibat banjir di kawasan yang luas selepas jalan raya dihanyutka­n air.

Hujan lebat dan cairan salji menyebabka­n kemasukan air ke sungai yang lazimnya mengambil masa berbulan-bulan, berlaku dalam masa hanya beberapa hari.

Helikopter digunakan bagi menyelamat­kan hampir 90 orang dari taman negara yang luas terletak di Wyoming dan menjadi lokasi pancutan air panas terkenal, Old Faithful.

Pengendali taman itu berkata, bahagian selatan taman akan dibuka semula kepada pelawat pada Rabu ini, namun bahagian lain akan ditutup sepanjang musim.

Ketika bahang gelombang haba melanda kawasan barat daya, kebakaran hutan pula semakin merebak ke kawasan pergununga­n di Arizona, yang menghangus­kan empat bangunan di Balai Cerap Kebangsaan Kitt Peak.

Sementarai­tu,jabatanper­khidmatan Kebakaran Hutan New Jersey berkata, kebakaran besar turut melanda Hutan Negeri Wharton di timur laut New Jersey, yang bermula kelmarin.

Kawasan seluas 2,900 hektar sudah hangus terbakar dengan 45 peratus kebakaran berjaya dikawal.

Sekurang-kurangnya 18 struktur bangunan terancam, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan. AFP

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia