Berita Harian

Lonjakan kes baharu di bahagian selatan China

-

Shanghai: Wabak COVID-19 di China sedang beralih ke selatan, dengan peningkata­n kes di hab teknologi Shenzhen, membawa kepada pelaksanaa­n saringan besar-besaran dan penutupan beberapa kawasan kejiranan.

Kes baharu itu muncul ketika dua bandar terpenting di China, Beijing dan Shanghai, dilihat dapat mengawal penularan virus itu selepas sekatan yang ketat dan ujian berulang dilaksanak­an dalam tempoh beberapa bulan.

Shanghai melaporkan sembilan kes tempatan semalam, manakala Beijing, lima kes manakala di seluruh negara, China mencatatka­n 34 jangkitan baharu.

Bagaimanap­un, kluster baharu yang terus muncul mendorong langkah ketat oleh pegawai tempatan yang bimbang dengan peningkata­n wabak.

Sempadan negara berada dalam tekanan yang meningkat, dengan Dandong, yang hanya berada di seberang sungai dari Korea Utara, melaporkan enam kes tempatan.

Di bandar Jilin di timur laut, terdapat 10 jangkitan baharu dalam kalangan pekerja rantaian bekalan makanan sejuk.

Di Shenzhen, lokasi bagi syarikat seperti pembuat iphone, Hon Hai Precision Industry Co, perintah pengasinga­n dikenakan di beberapa kawasan kediaman daerah Futian dan Luohu yang bersempada­n dengan Hong Kong, selepas masing-masing melaporkan jangkitan tanpa gejala.

Sementara itu, wabak di Hong Kong terus menular, mencatatka­n 1,186 jangkitan tempatan baharu kelmarin.

Hab perjudian Macau menutup sekolah dan perniagaan yang tidak penting selepas kerajaan mengesan 36 jangkitan setakat petang semalam, namun kasino masih dibuka.

Zhuhai, yang berjiran di tanah besar, menutup kawasan lintasan sempadan kerana bimbang dengan penularan wabak itu.

Peralihan tumpuan kebimbanga­n COVID-19 China menggarisk­an tugas besar untuk menghapusk­an patogen yang sangat menular itu, apabila seluruh dunia sudah menyesuaik­an diri untuk hidup dengan virus itu.

Selepas wabak itu menjejaska­n musim bunga, terutama di Shanghai, China berdepan tekanan untuk meningkatk­an aktiviti ekonomi menjelang kongres parti pada akhir tahun ini, yang mana Presiden Xi Jinping dijangka meraih kejayaan bagi penggal ketiga sebagai pemimpin, sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini. AGENSI

Seorang wanita menjalani ujian saringan pada hari kedua saringan mega COVID-19 di Macau, China pada Ahad lalu.

 ?? (Foto REUTERS) ??
(Foto REUTERS)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia