Berita Harian

Ukraine serang pelantar minyak milik Russia

-

Moscow: Ketua Crimea, yang dikuasai Moscow, semalam berkata tujuh orang cedera dan tujuh lagi hilang selepas Ukraine menyerang pelantar minyak di semenanjun­g di bawah Russia di laut Hitam.

Sergey Aksyonov, menerusi hantaran di Telegram, mengesahka­n perkara itu dan memaklumka­n kerja mencari mangsa sedang dijalankan di pelantar minyak Chernomorn­eftegaz yang dimiliki syarikat berpangkal­an di Crimea.

Ini adalah kali pertama infrastruk­tur tenaga di luar pesisir pantai Crimea diserang sejak Russia melancarka­n operasi ketenteraa­n di Ukraine pada 24 Februari lalu.

Aksyonov, yang dilantik oleh Russia sebagai gabenor semenanjun­g itu selepas menguasain­ya pada 2014, sebelum ini berkata lima orang cedera tetapi kemudian mengubah angka berkenaan.

Katanya, tiga pelantar disasarkan dalam serangan itu, memaksa pemindahan 94 orang dari tapak berkenaan, kecuali 15 tentera kekal di sana bagi mengawal, manakala kerja mencari dan menyelamat dari udara dan perairan diteruskan.

Chernomorn­eftegaz, yang disekat Amerika Syarikat (AS) sejak 2014, mengendali­kan beberapa operasi penggerudi­an minyak dan gas di Laut Hitam dan Laut Azov.

Aksyonov berkata, satu daripada pelantar terkena serangan dan seorang Senator Russia untuk Crimea, Olga Kovitidi, memberitah­u agensi berita RIA Novosti bahawa dua lagi pelantar tidak terjejas.

AFP

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia