Berita Harian

Hisyam, Scha panggil ‘Baby’ untuk cari keserasian

-

Mengisi slot Samarinda di TV3 sejak 16 Mei lalu, keserasian antara teraju utama, Hisyam Hamid dan Scha Elinnea dalam drama Kerana Aku Isteri Bidaan, tampak cukup ketara dan bukan dibuat-buat.

Berkongsi rahsia, rupa-rupanya Hisyam yang melakonkan watak Farel Zafeeq, meminta Scha yang menghidupk­an karakter Raina Badrina, membahasak­an diri masing-masing sebagai ‘B’ atau ‘Baby’ ketika berkomunik­asi sepanjang masa di lokasi penggambar­an.

Hisyam, 37, menjelaska­n, usaha itu diambil bagi mewujudkan keserasian dalam menghidupk­an watak sebagai suami isteri.

“Kami perlu ada keserasian sebab ikut jalan cerita, kami akan lebih rapat pada penghujung cerita. Jadi, kami kena panggil diri masing-masing ‘B’ atau ‘Baby’ sepanjang penggambar­an.

“Apabila biasa dengan panggilan itu, di hadapan kamera, kami tampak semula jadi. Perkara ini nampak kecil dan remeh atau ada orang fikir, kami sahaja hendak menggatal.

“Namun, ia sebenarnya penting untuk nampak serasi di skrin.

“Jadi, ramai penonton komen suka tengok keserasian kami yang sudah dipupuk lebih awal,” katanya kepada HIP.

Bagaimanap­un, Hisyam menegaskan, panggilan ‘B’ atau ‘Baby’ antara mereka hanya di lokasi penggambar­an.

“Di luar, tidaklah begitu. Isteri saya juga okay. Apa sahaja yang saya buat, isteri tahu. Ikut cara saya, apa yang berlaku di set, kekal di sana,” katanya.

Hisyam mengaku rapat dengan Scha di set penggambar­an.

“Kami banyak melakukan perkara bersama. Scha selalu berkongsi masalah dan saya pula, kongsi pengalaman. Namun, semua itu untuk mendapatka­n keserasian.

“Bagi saya, dalam menjayakan watak pasangan bercinta, kena ada keserasian yang kuat. Penonton kena percaya dengan watak kami.

“Jadi, kalau di set pun janggal, tidak banyak berbual, elemen itu akan nampak di televisyen (TV),” katanya ditemui pada Fiesta TV3 Sentiasa Bersamamu di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Sabtu lalu.

Sebelum ini, Hisyam pernah bekerjasam­a dengan Scha dalam drama Hatimu Sedingin Salju.

Hisyam turut menjelaska­n aksi mesra bersama Scha dalam drama Kerana Aku Isteri Bidaan yang dianggap keterlalua­n.

“Sebagai pelakon, ada babak yang kita rasa okay, kita buat. Tetapi, kalau babak keterlalua­n, saya tak buat.

“Bergantung kepada pengarah apakah sesuai atau tidak. Saya tahu, babak mesra sensitif, mungkin ada penonton suka dan benci.

“Saya lakonkan babak ikut kesesuaian. Kalau fikir tidak perlu, saya tak buat. Mesti batasan dan tidak boleh keterlalua­n.

Sementara itu, Hisyam terkejut drama Kerana Aku Isteri Bidaan mendapat sambutan yang sangat memberangs­angkan, terutama di Tiktok.

“Saya tiada akaun Tiktok. Saya tengok ‘view’ beratus ribu dan komen banyak. Saya baca ramai yang tahu mengenai drama ini melalui Tiktok,” katanya.

Hisyam dan Scha teraju utama Kerana Aku Isteri Bidaan.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia