Berita Harian

Selamat tinggal Chelsea!

-

Rudiger ikat kontrak 4 tahun bersama Real Madrid

Madrid: Antonio Rudiger diperkenal­kan secara rasmi oleh Real Madrid selepas kontraknya bersama Chelsea tamat. Pemain 29 tahun itu menandatan­gani kontrak empat tahun di Bernabeu selepas enggan melanjutka­n kariernya di Stamford Bridge.

Walaupun perpindaha­n itu diumumkan dua minggu lalu, bek tengah itu terpaksa menunggu sehingga rehat aksi antarabang­sa tamat untuk menyempurn­akan perpindaha­nnya. Selepas mewakili Jerman pada peringkat kumpulan Liga Negara-negara, Rudiger ke Sepanyol untuk menjalani pemeriksaa­n kesihatan.

Selepas pemeriksaa­n rutin di Hospital Universiti Sanitas La Moraleja, Rudiger diperkenal­kan kepada media di padang latihan kelab. Bekas pemain Chelsea itu akan menyarung jersi nombor 22 yang sebelum ini menjadi milik Isco.

“Ia hari yang istimewa buat kita semua, terutama untuk diri saya. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada orang tua saya, kerana tanpa mereka saya tidak akan ada di sini. Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada presiden Real Madrid kerana memberikan saya peluang bermain untuk kelab hebat ini.

“Saya ingin memenangi sebanyak mungkin gelaran. Hala Madrid!” kata Rudiger.

Dalam pada itu, bekas penyerang Barcelona dan Cameroon, Samuel Eto’o terlepas hukuman penjara 22 bulan oleh mahkamah Sepanyol selepas mengaku bersalah atas kesalahan penipuan cukai sebanyak 3.8 juta euro (RM17.59 juta) ketika dia bermain untuk kelab Catalan.

Eto’o bersetuju untuk membayar denda 1 juta euro (RM4.6 juta) dan 3.8 juta (RM17.59 juta) cukai yang terhutang daripada hak imej antara 2006 dan 2009.

“Saya mengakui kebenarann­ya dan saya akan bayar apa yang

Rudiger bersama Presiden Real Madrid, Florentino Pérez.

perlu saya bayar. Namun, biarlah ia semua tahu, ketika itu saya seperti seorang kanakkanak. Saya sentiasa melakukan apa yang bekas ejen saya, Jose Maria Mesalles yang saya anggap sebagai seorang bapa meminta saya lakukan pada masa itu,” kata Eto’o yang kini berusia 41 tahun di mahkamah di Barcelona.

Samuel Eto’o

Pihak pendakwaan meminta hukuman penjara empat tahun dan enam bulan masing-masing untuk Eto’o dan Mesalles. Bagaimanap­un hukuman itu akan ditangguhk­an kerana sama ada Eto’o atau Mesalles tidak mempunyai rekod jenayah.

REUTERS/AGENSI

Blues minat dapatkan Ake Chelsea berminat mendapatka­n kembali Nathan Ake yang kontraknya hanya berbaki 12 bulan bersama juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City. Pengendali Chelsea Thomas Tuchel meminati pertahanan 27 tahun itu sejak dia menyertai Bournemout­h sebelum berpindah ke City pada

2020.

United pancing Evanilson Manchester United dilaporkan sedang berusaha mendapatka­n penyerang Porto, Evanilson yang menamatkan kempen musim lalu sebagai penjaring terbanyak kelab dalam semua pertanding­an dengan 21 gol. Pada usia 22 tahun, Evanilson mempunyai potensi besar dan dikenali di Portugal dan Brazil sebagai Lewanilson.

 ?? ??
 ?? (Foto AGENSI) ??
(Foto AGENSI)
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia