Berita Harian

Giggs lepas jawatan pengendali Wales

-

London: Ryan Giggs yang menanti perbicaraa­n atas dakwaan keganasan domestik, melepaskan jawatan sebagai pengendali pasukan kebangsaan Wales. Bekas pemain Manchester United itu bercuti sejak November 2020 selepas dia ditahan pihak berkuasa.

Pengendali berusia 48 tahun itu didakwa bertindak ganas terhadap bekas kekasihnya, Kate Greville antara Ogos

2017 hingga November 2020. Dia turut didakwa menyerang Greville, mencederak­annya secara fizikal dan mencederak­an adik kekasihnya Emma Greville, di kediaman bekas pemain itu di Manchester pada November 2020.

Giggs menafikan semua pertuduhan dan mengaku tidak bersalah

Ryan Giggs di atas semua dakwaan. Perbicaraa­n ditangguhk­an dari Januari ke Ogos. Sejak itu, bekas penolongny­a Rob Page, membimbing Wales ke Piala Dunia pertama mereka sejak 1958.

Keputusan Giggs melepaskan jawatannya akan menyaksika­n Page sebagai pengendali dalam aksi menentang Amerika Syarikat, Iran dan England di Qatar, November ini.

“Saya melepaskan jawatan sebagai pengendali pasukan bola sepak lelaki Wales. Ia satu penghargaa­n dapat mengendali pasukan negara. Namun Persatuan Bolasepak, Wales, barisan kejurulati­han dan pemainberh­ak menghadapi kejohanan tanpa perlu dibelenggu spekulasi berkenaan ketua jurulatih mereka,” kata Giggs. AFP

Majorca (Sepanyol): Kereta mewah milik Cristiano Ronaldo kemalangan di sini, kelmarin tetapi ia tidak dipandu bintang Portugal dan Manchester United itu.

Bugatti Veyron milik penyerang Red Devils bernilai £1.7 (RM9.17 juta) dilaporkan melanggar tembok kediaman di Sa Coma, Bunyola, Palma de Majorca, ketika Ronaldo sedang bercuti bersama keluargany­a.

Kenderaan berkenaan dilaporkan dipandu pengawal peribadi pemain terbabit. Dia dilaporkan tidak cedera dan dikatakan sudah membuat laporan kemalangan.

“Seorang pekerja Cristiano sedang memandu ketika itu dan bukan Cristiano. Dia tidak berada di tempat kejadian ketika pegawai tiba,” kata pihak polis di sini.

Bugatti Veyron itu adalah hadiah hari jadi daripada pasanganny­a - yang diterbangk­an dari Manchester untuk percutian itu.

Bugatti Veyron milik Ronaldo yang terbabit nahas, kelmarin.

Bugatti berkenaan antara sebahagian koleksi kereta mewah Ronaldo selain Aston Martin, Bentley dan Ferrari Monza.

Ronaldo turut memiliki Bugatti Centodieci - model edisi khas yang hanya dikeluarka­n sebanyak 10 unit. AGENSI

 ?? (Foto AGENSI) ??
(Foto AGENSI)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia